Jumaat, 8 Januari 2010

MALAYA & BRITISH BORNEO 1953 $1 BANKNOTES



Mungkin bagi sesetengah individu, tiada yang istimewa dengan koleksi duit malaya yang ni tetapi tidak bagi saya. Saya sentiasa percaya setiap yang saya miliki mempunyai nilai yang tersendiri sama ada dari segi harga mahupun nostalgia. Koleksi yang ni adalah lanjutan atau "upgraded version" dari koleksi yang sama saya sebelum ni.

Saya sentiasa akan meningkatkan kualiti koleksi saya terutamanya berkenaan dengan kualiti bahan koleksi dan pengetahuan saya sendiri mengenainya. Duit siri yang sebelum ni saya dapat dari salah seorang kawan baik saya yang bekerja sebagai "maintenance officer" di salah sebuah syarikat minyak terkenal negara kita dan antara koleksi saya yang terawal melalui beliau sebagai tanda persahabatan...terima kasih Bang Aziz ! Beliau ni adalah "collectible items/antiques collector" dan koleksi beliau amat menarik untuk ditatap...tak puas bila bertandang ke rumah.

Duit Malaya & British Borneo 3 keping berturutan nombor siri UNC/aUNC ni dicetak pada 21 March 1953, Potret pada bahagian hadapan adalah Queen Elizabeth II, watermark gambar kepala harimau, berukuran 121mm x 63mm, ditandatangani oleh W. C. Taylor dan direka/dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd., London. Pada bahagian belakang pula gambar "emblems" kebesaran negeri-negeri yang terlibat dalam pentadbiran Malay & British Borneo. Pada geng collector/pengikut blog ni lak, mulakanlah kumpul item yang EF-UNC dari sekarang sebab harga tengah naik mendadak....kalau tak mula sekarang, lepas ni tentu sesak nafas sikit nak kumpul....mulakan le buruan!

5 ulasan:

  1. sorry lmbt reply..tak perasan ada ulasan. Ada sekeping yg ada tompok kecil "stain", tu yg saya kategorikan sebagai almost uncirculated (aUNC)

    BalasPadam
  2. barape yer harga duit ni skrg..saya ade satu..hehe

    BalasPadam
  3. masih ada dlm simpanan ke?...berapa harga jualan?

    BalasPadam
  4. Tn Fazil.masih ada dlm simpanan ke?...berapa harga jualan?

    BalasPadam