Terkeluar dari tujuan utama blog ni diadakan, kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman sedih untuk kita kongsi bersama, kurang-kurang boleh dijadikan teladan.
Tadi lepas balik dari bandar..urusan bank, sampai je rumah kami ternampak seekor burung dalam kesakitan di atas bumbung rumah. Terus saya ambik tangga untuk melihat apa yang berlaku. Saya nampak kaki burung tersebut cedera teruk..patah. Saya cuba tangkap tetapi ia terus terbang melarikan diri.
Saya ingatkan cuma setakat tu je perihal burung tu. Masa kami dok main badminton sebagai riadah harian kami, burung tadi tu sekali lagi datang menghampiri kami..seakan-akan minta dikasihani. Perlahan-lahan, terhendap-hendap saya cuba tangkap dan dalam keadaan hampir meniarap saya berjaya menangkapnya.
Setelah saya amati, kaki burung tu cedera teruk, dah lama patah teruk, berbau dan berulat. Saya dan isteri berhati-hati membuang ulat-ulat pada luka kaki burung tu satu-persatu. Saya semburkan ubat luka dan antibiotic, lepas tu kami balut kemas bahagian yang patah.. siap pesan lagi kat burung tu supaya bertahan sebab hari dah hampir malam, kami tak punyai makanan yang sesuai untuk diberikan...tunggulah sehingga siang esok, pasti kami belikan makanan yang sesuai.
Sebelum mandi dan solat maghrib, sempat saya titiskan air untuk burung tu...kesian sungguh, ia minum dengan gelojoh seakan-akan amat dahaga, banyak gak ia minum. Kami ingatkan ia akan dapat bertahan tapi, huhuhu ..sedih, beberapa minit lepas tu ia mengulupur beberapa kali dan terus kaku..MATI. Sedih gak, ia terbang dari jauh, datang mintak dikasihani, lepas dibersihkan, diubat, dibalut luka dan diberi minum...kaku di depan mata, terkedu isteri dan anak-anak menyaksikannya...tapi takpelah, dah ajal nak buat macam mana ye tak...kita ni pulak tak tau lagi bila dan macam mana, cuma bersiap sedia je lah dengan apa yang bakal mendatang. Sesungguhnya cerita seekor burung tadi tu membuatkan kami lebih rapat dan menghargai setiap detik yang ada..MASYA-ALLAH!