Khamis, 7 Januari 2010

LAGI DUIT PELIK YANG DAH BERUSIA LEBIH 1000 TAHUN


Dah lama gak saya memiliki koleksi pelik yang ni, rasanya dah lebih dari 7 tahun. Pada mulanya saya tak tahu pun benda ni duit dan dah berusia lebih dari 1000 tahun, tapi bila dah study, memang sah pun, ianya pernah digunakan sebagai matawang dan bahan pertukaran suatu masa dulu.

Koleksi yang ni adalah dari negara jiran kita Cambodia (Khmer), atau lebih dikenali sebagai duit Angkor. Mula dikeluarkan dari tahun A.D. 802 sehingga A.D. 1432. Duit ni berbentuk bunga teratai dan berukuran 1 1/8" (30mm). Mempunyai 5 kelopak bunga, diperbuat daripada gangsa dan seberat 19 grammes.

Ada banyak siri bagi duit Angkor ni, dan rasanya saya akan dapatkan nanti set yang lengkap, sedikit demi sedikit, ye la...minat sesangat nak simpan duit dari kerajaan yang amat terbilang suatu masa dahulu untuk tatapan generasi yang sekarang dan akan datang.


3 ulasan:

  1. boleh saya tahu harga di pasaran dan macam mana kita nak verify ketulenan?

    BalasPadam
  2. duit-duit mcm ni takde harga tetap, ada international catalogue macam Krause tp harga tetap subjective..nak kena rajin cari kat mana yg murah. Counterfeit atau ori, kalau duit-duit negara kita mulai dari 1449 hingga sekarang, ada buku rujukan yang sesuai macam Saran Singh..ada cerita pasal duit2 tiruan.

    Kalau duit luar negara lak saya tak pasti catalogue atau buku apa yang sesuai tp ada homepage atau forum2 menarik seperti dari Rusia http://www.zeno.ru/ dan kalau tak ada article semasa yg dok bincang pasal duit tu kita boleh jd ahli dan tanya kat depa. Cuma nak kena upload gambar guna resolution yg tinggi dan kalau tak salah saya dr 600dpi ke 1200dpi

    BalasPadam
  3. drpd zeno - oriental coins database (http://www.zeno.ru/showphoto.php?photo=17742) kata duit ni daripada lead tp dr sumber rujukan saya yg lain kata "bronze" atau gangsa, yg mana betul saya tak dpt pastikan sbb sy tak ada alat pun nak test duit saya ni diperbuat drpd apa...harap maklum

    BalasPadam