Isnin, 30 November 2009

CUTI DARI DUNIA BLOG SELAMA 5 HARI


Mulai dari esok saya akan bercuti dari dunia blog dan internet selama 5 hari, mesti bosan giler, udah le terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan isteri ! Sebenarnya saya akan berkursus selama 5 hari, kursus dan lawatan berkenaan dengan "industri asas tani" dan "industri kecil dan sederhana"....tajaan penuh pihak terbabit.

Pada sesiapa yang pernah baca profile saya, saya bekerja sendiri, mempunyai kilang kecik bagi memproses mee kuning dan kilang kecik yang berharga hampir 100 ribu ni adalah di bawah bimbingan Jabatan Kerajaan yang berkaitan dan apa yang menariknya, dari hampir 100 ribu ni, saya cuma keluarkan duit sendiri dalam 8 ribu aje, yang lainnya merupakan skim bantuan luar bandar bagi projek asas tani...dan apa yang agak menarik lagi, baru je petang tadi pegawai jabatan tu datang melawat dan meng'offer' bantuan seterusnya...dia siap tanya "apa lagi peralatan dan projek lain yang encik perlukan?"

Akhirnya, ada juga pihak yang nampak potensi dari apa yang telah kami usahakan..ye lah, kami tidak pernah menyelewengkan biarpun satu sen dari bantuan yang telah dihulurkan, tidak seperti pengakuan sorang kawan saya ni, dia dengan bangganya beritahu saya 4 hari lepas yang dia berjaya menipu skim bantuan ni berjumlah lebih dari 100 ribu dengan menggunakan projek orang lain yang telah berjalan sebagai bahan rujukan untuk menipu wakil dari pihak yang terbabit. Kaya dia sekejap dengan hasil haram yang amat dibanggakannya !

Projek saya yang seterusnya adalah ternakan kambing biri-biri kampung. Gambar yang saya upload ni adalah gambar sebahagian dari 53 ekor kambing-kambing saya tu dan gambar kambing baka saya yang rajin tak balik rumah sebab nak hulurkan baka dia ke kandang-kandang kambing orang lain...ciss, kurang asam betul ! ..buat malu tuan dia jer ! Saya akan upgrade kandang kecik yang ada ni ke yang lebih sistematik dan "hygiene" dan saya akan lebih rapat lak dengan jabatan haiwan untuk lebih mahir. Pasal loan?..setakat ni saya tak risau langsung sebab saya tak perlu bersusah payah untuk memohon...pihak bank yang pulak telah bersusah payah memujuk saya untuk berhutang dengan mereka..dah dua bank sibuk kejar saya...hehehe, tak sia-sia rupanya saya berhenti kerja dan berniat nak berjaya dan berjasa di kampung ni ! Pada sesiapa yang berminat nak tau lagi lanjut pasal projek saya atau skim bantuan yang ada disediakan, rajin-rajin le email saya...saya akan cuba bantu semampu yang boleh !

Jumaat, 27 November 2009

STRAITS SETTLEMENTS 1919 TEN CENTS BANKNOTES

Sebenarnya saya terlepas pandang yang banknote ni ada siri yang ditandatangani oleh "Acting Treasurer" sehinggalah diberitahu oleh si Nazri, blogger kita yang sorang tu ! Dan, setelah puas menunggu "separuh" dari banknote yang dia janjikan tu, maka saya pun memulakan pemburuan peribadi siri ni..nak tunggu janji si Nazri, ntah bila tahun le nak dapat. Tapi, dah nak jadi cerita, minggu lepas terjumpalah pulak note "Ag. Treasurer" ni, maka dengan semangat berkobar-kobar pun saya terus sambar..harga pun mampu milik bagi saya, sesuai dengan prinsip pemburuan saya 'cuba untuk memiliki sesuatu yang berharga tapi murah'.

Disebabkan "Treasurer" yang asal ntah pi mana, maka "Acting Treasurer" pun terpaksa ganti dia ni dan disebabkan signature si "Acting Treasurer" ni aje la, maka banknote siri ni agak mahal di pasaran...apa la dia ni, menyusahkan collector je nak cari...nasib baik saya terjumpa..hehe.

Banknotes ni dikeluarkan 14th. Oktober 1919, berukuran 109mm x 63mm, direka dan dicetak oleh Thomas De la Rua & Co. Ltd., London

Khamis, 26 November 2009

HAPPY EID UL ADHA MUBARAK


Untuk semua pengikut blog dan kepada sesiapa sahaja yang terbaca artikel saya ni... Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga anda sekeluarga akan terus diberkati. For my non-muslim friends as well..happy holiday..may god bless you !


Best regards,
Fazil

Rabu, 25 November 2009

DRY RUBBER EXPORT COUPONS FOR MALAYA




Rupa-rupanya, semenjak dari tahun 1922 hinggalah ke tahun 1942, Malaya di bawah pemerintahan British telah mengeluarkan secara sistematik "Rubber Export Coupons" untuk mengawal segala urusan export getah. Kalaulah tak ada buku rujukan saya tak tau pun semua ni, ingatkan duit jer yang bernilai untuk setiap urusan.

Coupons yang saya ada ni mungkin tak berapa mahal di pasaran, tapi apa yang saya nak cerita ialah betapa secara tak sengaja saya dapat memiliki semua ni dengan harga yang sampai sekarang agak sukar untuk saya percaya.

Coupon yang pertama saya miliki adalah "Sarawak Twenty-Five Katis" (31st. December 1941), lebih kurang 7 tahun lepas. Masa tu saya tak tau apa benda ni dan saya beli lebih kurang RM65..agak mahal tu! Tapi bila saya dah mula study semua ni dan ada pulak katalog yang cerita, maka saya pun mulakan pemburuan mengikut cara saya...memiliki sesuatu yang bernilai dengan harga semurah yang mungkin. Nak jadi cerita, 2 minggu lepas, misi saya telah pun tercapai. Saya berjaya mendapatkan tambahan 2 lagi coupons, "Johore One Picul" (31st. December 1941) dan "Johore Ten Katis" (31st. December 1941) dengan harga hanya RM5.50 setiap keping. Saya cukup berpuas hati dengan misi saya kali ni ! Bahagian belakang Johore Coupons adalah kosong tanpa sebarang cetakkan dan kesemua coupons ini direka dan dicetak oleh "The Survey Department F.M.S."


Selasa, 24 November 2009

TRENGGANU PRIVATE TOKEN - JOKOH


Ha, kali ni pasal private token lak. "Kongsi" atau kumpulan/syarikat persendirian yang dulu banyak terdapat di Trengganu telah mengeluarkan token yang agak unik dan hanya boleh digunakan di dalam kelompok kumpulan tersebut sahaja.

Koleksi saya ni kalau mengikut buku Saran Singh SS44a, ia diketegorikan amat sukar diperolehi (scarce). Bahagian hadapan di dalam bulatan terdapat perkataan dalam bahasa Cina "Teck Soon Kongsi" atau Syarikat Teck Soon dan perkataan "Peng Ngo" (tahun cina 1907).

Pada bahagian belakang pula terdapat perkataan dalam ejaan jawi "Sin" dan "Hee" (nama pengeluar). Token ni adalah seberat 7.50 grammes, diameter 32mm dan diperbuat daripada timah. Banyak lagi yang saya nak kumpul tapi buat masa sekarang...ni je yang ada..tunggu la sikit masa lagi!

Isnin, 23 November 2009

SELINGAN...ASYIK CERITA PASAL DUIT JER!


Semalam..aktiviti riadah kesukaan famili saya, pergi satu famili ke Pasar Warisan Seremban, cari buku-buku terpakai. Istilah "terpakai" mungkin agak jelek bagi sesetengah orang tapi tidak bagi kami. Biasanya kami, termasuk anak-anak saya cuma akan pilih buku-buku yang berkualiti tinggi dan agak mahal di pasaran semasa. Semalam sahaja kami beli dalam 10 naskah dan harga pasaran senaskah paling murah RM14 dan kebanyakkannya berharga RM30 setiap satu. Kami shopping buku yang berharga hampir RM300 dan kami beli cuma RM40...tanpa sebarang koyak (erti kata lain...seperti baru!). Jumlah buku yang kami telah beli selama ini jika mengikut harga pasaran telah pun melebihi 3 ribu ringgit tapi kami baru keluarkan tak sampai RM500. Saya pernah jual buku yang saya beli di sana setinggi RM120 ke pembeli dari Sweeden, sedangkan harga yang saya dapat cuma RM5 di Pasar Warisan...Menarik kan?

Juga di sana terdapat 5 peniaga yang jual duit-duit lama...cuma sesekali je mungkin baru boleh dapat yang "rare"..itu pun terpaksa berebut...siapa dulu dia dapat. Gambar gerai-gerai tu akan saya siarkan pada artikel saya yang akan datang. Untuk makluman, Pasar Warisan ni dibuka setiap hari Ahad dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari. Tempat yang amat sesuai untuk sesiapa yang tahu menilai sesuatu yang orang lain tak tau...selamat datang !

ERROR OR FREAK TRENGGANU KEPING/PITIS COIN


Keping atau Pitis Trengganu yang ni dah lama gak saya beli tapi baru perasan bila saya nak refer kat database yang coin ni terbalik...sepatutnya tulisan jawi dari kanan ke kiri tapi coin yang ni terbalik secara "mirror image". Kenapa terbalik...jangan tanya saya! Coins yang pelik macam ni ramai pengikut, tapi buat masa sekarang saya akan terus simpan sebagai koleksi peribadi.

Detail mengenai keterangan coin ni adalah sama seperti artikel saya yang sebelum ni :

TRENGGANU KEPING/PITIS COINS

dan ianya digunakan antara penghujung kurun ke-18 hingga awal kurun ke-19

Ahad, 22 November 2009

TRENGGANU KEPING/PITIS COIN


Pada penghujung kurun ke 18 dan awal kurun ke 19, coin Keping atau Pitis Trengganu mula diperkenalkan. Tidak ada tarikh atau nama Sultan yang memerintah di catatkan pada coin tersebut, jadi adalah agak sukar untuk ditentukan ianya dari era yang mana.

Pada bahagian hadapan koleksi saya yang ni terdapat perkataan arab "Kali Malik al Adil" dan bahagian belakang adalah "kosong" tanpa sebarang cetakan. Terdapat banyak varieties yang direkodkan dan berat coin ini adalah antara 1.10 grammes - 3.80 grammes, diameter antara 17.5mm - 21.5mm dan diperbuat daripada timah.

Kadar tukaran bagi kerajaan Trengganu hang telah ditetapkan pada 1895 adalah "

1 Keping/Pitis = 1/10 Cent (anggaran)
9.6 Keping/Pitis = 1 Cent

MALACCA PORTUGUESE COINS - BAZARUCCO






Sehingga sekarang ni, semua buku rujukan yang saya ada tak berapa lengkap mengenai coins Bazarucco ni. Dalam buku Saran Singh cuma ada dua jenis sahaja yang dikatalogkan dan buku dari Puan Faridah, Muzium Bank Negara..pun tak lengkap.

Jadinya, koleksi yang saya ada ni merupakan varieties baru bagi mereka tetapi masih lagi di bawah katagori Bazarucco cuma tak tau dari era pemerintahan yang mana. Coins ni adalah paling kecil, diameter antara 11mm-13.5mm, berat antara 0.90 grammes - 1.20 grammes, komposisi daripada timah dan dikeluarkan oleh Malacca Mint..buatan orang tempatan, tu yang depa kata tak berapa cantik berbanding dari India...ye la, baru pertama kali kerja kilang lah katakan, kurun ke 15 tu! Berapa la agaknya gaji mereka semua tu?

Khamis, 19 November 2009

SPANISH SILVER 8 REALES



Coin ni mula digunakan di negeri-negeri Tanah Melayu dan Borneo semenjak kedatangan pedagang-pedagang dari Sepanyol, Belanda, Portugis dan British di India Timur mulai kurun ke 16. Pada bahagian depan terdapat potret gambar King Carolus IV (1788-1808) dan bahagian belakang pulak terdapat gambar Roman (Herculles) Pillars. Orang tempatan dulu-dulu gelar coin ni "Ringgit Patong" tapi pada tempat di mana ianya digunakan dengan agak meluas iaitu kat Kedah, Perlis, Kelantan dan Patani, ia digelar sebagai "Rial". Standard berat untuk coin ni adalah 416 grains atau 26.950 grammes, silver 902.7 fine dan diameter 39mm. Coin ni langsung dah takleh digunakan kat negara kita bila keluar arahan secara rasmi oleh pemerintahan Straits Settlements dibawah arahan "Her Majesty the Queen in Council" pada 21 Oktober 1890.

Spanish Silver 8 Reales ni saya dapat masa dok luangkan masa kat Pasar Karat Seremban. Tengah dok santai jalan-jalan, kawan saya, si Amir "saudagar barang-barang purba" dok panggil... "meh sini Fazil..den tau kau mesti minat harta karun yang ni..dah lobih 100 tahun ni!" Maka tawar-menawar pun berlangsunglah. Dia tanya ni coin apa? Saya pulak terpaksa berlakon buat-buat tak berapa kenal. Saya kata ni coin Sepanyol (memang betul pun). Dia tanya lagi.."berapa harga market?" Senang je saya jawab.."tak tau!" Dia nak tolak RM30 tapi lepas pujuk-memujuk jadi la RM20.

Yang bestnya, kat belakang saya si Cikgu Mizan..collector yang items dia setinggi silling tu! Dia tengah tunggu saya tolak sebab dia pun sebenarnya tau, harga pasaran coin ni lebih dari RM200! Kalau si Amir nak jual RM100 pun dia akan beli. Tapi kan, kalau dah rezeki nak buat macam mana...dapat le kat saya. Cikgu Mizan lak..terpaksa saya belanja sarapan pagi kat restoren mamak kat belakang pasar warisan tu......satu lagi hari bertuah saya lalui!

*Cikgu Mizan...lopeh abih jago bebudak amik SPM ni kito pi makan yo!

Rabu, 18 November 2009

MALACCA PORTUGUESE COINS - DINHEIRO (I S M A)


This coin was minted in Malacca during the reign of King Dom Joao III (1521-1557). Within the cross compartments on obverse formed the letters "I S M A" which means I (Ioanes), S (Senhor) and MA for Malacca......meaning, "IT WAS MADE IN MALACCA!"...hehe..but at least they still mentioned Malacca...not a counterfeit from China!

On reverse, armillary sphere..I guessed.

The coin weight varies from 3.80 grammes to 3.90 grammes, diameter 16mm and composition is "tin".

Sapa-sapa yang masih belum ada coin ni...macam biasa, saya ada lebih..boleh contact saya untuk berurusan yek!


Selasa, 17 November 2009

MALACCA PORTUGUESE COINS - DINHEIRO (SAILING SHIP?)


Since my blog got a warm visit from Portugal and a few friendly emails from other international viewers, I'm glad to assist if you seek for it. If you're interested in any coins, just shout it out, maybe today is your lucky day. I'm willing to swap or sell any duplicate items...mail me at fazilster@gmail.com for more info.

This lovely tin Dinheiro shows a crowned arms of Portugal within circle on obverse and on reverse shows a "crude" representation of a sailing ship..is it really a ship? The coin weight (reported) varies from 2.30 grammes - 2.70 grammes, 20mm diameter and was minted by Malacca Mint during the reign of King Dom Joao III (1521-1557).

Coins ni saya ada extra dan saya boleh dapatkan banyak lagi...kalau ada sapa-sapa yang berminat bagitau je la. Cuba-cuba la merasa kumpul coin yang dah berusia hampir 500 tahun...pakai kat negara kita sendiri lak tu!

Isnin, 16 November 2009

MALACCA PORTUGUESE COINS - DINHEIRO (B A)


Tak banyak penerangan mengenai coin B A ni. Dipercayai digunakan pada era King Dom Joao III (1521-1557) dan derdapat 2 kategori bagi B A iaitu Soldo B A dan Dinheiro B A.

Koleksi Dinheiro B A yang saya terangkan ini adalah diperbuat daripada timah dan hanya terdapat 4 jenis (daripada timah) sahaja yang pernah dikatalogkan. Sebenarnya terdapat pelbagai varieti coins Dinheiro, cuma usaha untuk dijadikan database yang lengkap masih tidak memadai. Berita penemuan coins Portugis pun makin kerap kita dengar di media.

Di bahagian hadapan terdapat gambar 3 anak panah bersilang dengan 2 "dots/knots" pada bahagian atas. Maksud sebenar huruf B A tidak diketahui atau mungkin bermaksud "Bazarucco" (pasar) untuk kegunaan harian masyarakat awam?

Bahagian belakang terdapat lambang ketenteraan Portugis. Berat antara 2.10 grammes -2.96 grammes dan diameter 17mm-18mm.

Seperti biasa, kalau nak simpan coins ni, tak perlu risau sangat pasal kualiti sebab tak banyak yang betul-betul cantik kerana...faham sendiri je la..coins daripada timah, dah berusia hampir 500 tahun lak tu!

Ahad, 15 November 2009

MALACCA PORTUGUESE COINS



Coins Portugis Melaka ni agak menarik dan agak senang dapat bagi mereka yang rajin mencari. Dulu saya selalu jumpa sorang supplier ni...dia jadi peraih barang-barang lama termasuk coins dari pencari harta-harta karun Selat Melaka. Banyak gak yang saya tengok dan beli dan separuh dah jual tapi apa yang menarik ialah coin emas dan perak yang agak "rare". Naik jer coin emas tu dari sampan kat muara..terus ada peraih beli 10k...itu harga peraih!. Berapa le agaknya harga kita?

Biasanya coins Portugis Melaka pada era King Dom Manuel I (1495-1521) dinilai dari matawang di Goa dan dikategorikan sebagai :

  • Catolico (emas) = 1,000 Reais Goa
  • Half Catalio (emas) = 500 Reais Goa
  • Malaquez (perak) = 720 Reais Goa
  • Bastardo (timah) = 60 Reais Goa
  • Soldo (timah) = 6 Reais Goa
  • Dinheiro (timah) = 3/5 Real Goa
  • Caixa (Casha) = 3/10 Real Goa
Tambahan bagi coin timah Bazarucco (timah berdiameter lebih kecil) dikeluarkan pada era King Dom Joao III (1521-1557) manakala coin Tanga (perak) pula pada era King Dom Felipe II (1598-1621).

Coin pertama yang saya upload ni adalah Dinheiro dari era King Dom Joao III (1521-1557). Bahagian hadapan terdapat perkataan "IOA: III: POR: ET: AL" atau IOA (nnes), III POR (tugulia), ET AL (garbiorum) dalam bahasa Purtugis yang bermaksud "Joao III King of Purtugal and the Algarve) dan di sebelah belakang lambang ketenteraan Purtugis.

Jumaat, 13 November 2009

JOHORE SULTANATE COINS



Disebabkan kebanyakkan coins Kesultanan Johor tidak terdapat tarikh dan nama sultan yang memerintah pada zaman tu, maka agak susah untuk ditafsirkan secara tepat era ianya dikeluarkan. Seperti biasa terdapat 3 jenis; emas (dikenali sebagai Kupang/Mas), perak (Penjuru) dan timah (Katun) dan tukaran setiap duit tersebut adalah seperti kat bawah :

25 Katun (timah) = 1 Penjuru (perak)
50 Katun (timah) = 2 Penjuru (perak) = 1 Kupang (emas)
200 Katun (timah) = 8 Penjuru (perak) = 1 Mas (emas)

Terdapat banyak "variety" dan saiz untuk coins tersebut dan apa yang saya upload di sini adalah coin Katun (timah) dan tarikh sebenar tak dapat dipastikan dengan tepat (dipercayai digunakan antara kurun ke 15 - 18). Bahagian depan terdapat perkataan Arab "Malik" (pemerintah) dan pada bahagian belakang "al-Adil", seberat 14.5 - 32.4 grains atau 0.94 - 2.10 grammes dan diameter antara 15mm - 18.5mm.

Mungkin bagi sesetengah pengumpul..coins ni tak special sangat berbanding perak dan emas..tapi bagi saya, semua ni amat bermakna kerana...inilah antara peninggalan sejarah negara kita untuk dikenang. Saya mengumpul mengikut kesempatan dan kemampuan. Buat masa sekarang, ini yang mampu saya miliki. Saya akan cuba dapatkan sebanyak yang mungkin dan akan berkongsi dengan sesiapa yang berminat...ada ke yang minat?

Khamis, 12 November 2009

MALACCA SULTANATE COIN - SULTAN MUZAFFAR SHAH



Inilah sebenarnya secara rasmi, coin pertama yang digunakan di negara kita. Coin ni memudahkan/menggantikan sistem pertukaran barang "barter trade" yang mana ianya diperbuat daripada timah. Sebelum coin ini diperkenalkan, Melaka banyak menggunakan timah, perak dan emas dalam bentuk blok atau kepingan ("ingots") untuk tujuan perdagangan. Dinar Emas dan Pitis daripada Kerajaan Pasai & Aceh dari Sumatra juga digunakan dengan agak meluas di sini (Dinar Emas ni akan saya ceritakan pada artikel yang akan datang).

Dulu saya rajin ke Melaka kerana di sana terdapat beberapa tempat jualan duit kesultanan ni. Ramai gak yang saya jumpa tapi apa yang menarik nak cerita ialah pasal pencari harta karun kecil-kecilan di sana. Ramai gak golongan ni, ada yang cuma nelayan dan ada gak dari golongan scuba divers. Ada yang buat business, ada yang simpan sendiri, malah saya dah pernah tengok artifek yang berharga jutaan ringgit hasil dari carian mereka ni. Cuma, golongan ni agak susah nak rapat sebab biasanya mereka ni jual ke "peraih"...mereka lebih percayakan peraih dari orang-orang baru seperti saya.

Pernah saya cuba buat kawan dengan divers ni tapi tak kena layan...agak sombong dia kata "I work alone!"...hampeh betul !

Apa pun buat permulaan, saya ceritalah pasal coin ni secara detail yek. Bahagian depan terdapat perkataan Arab "Muzaffar Shah al Sultan" dan bahagian belakang "Nasir al Dunia Wa'l Din" atau bermaksud "pembantu dunia dan agama (Islam)". Coin ni dikeluarkan untuk pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (Raja Kassim) pada tahun 1446-1456/9?, seberat 1.65-2.28 grammes, diameter 19.5mm-2.28mm dan diperbuat daripada timah.

Tak perlu risau tentang kualiti sangat kalau nak simpan coin ni sebab yang ada di museum pun sama macam ni gak, sebab timah senang rosak tambahan dah berusia beratus tahun!

Rabu, 11 November 2009

TDLR MALAYA & BRITISH BORNEO 1959 $1 BANKNOTES



Banknotes ni baru dapat gak..baru jer beberapa hari. Maknanya sehingga hari ni saya dah ada 2 set Malaya & British Borneo - Thomas De La Rue & Company Limited 1st. March 1959 $1 banknotes. Apa yang agak menarik sikit...kedua-dua set yang saya ada ni mempunyai no siri yang berturutan. Kualiti set yang pertama tak banyak beza dengan set yang ni cuma ada tompok kuning (foxing) yang agak ketara...sapa-sapa nak tukar boleh le cerita "kat belakang" ye!

Penerangan lagi lanjut pasal size dan lain-lain boleh refer kat artikel saya sebelum ni pasal "note" yang sama tapi dari lain pengeluar iaitu Waterlow & Son :


MALAYA & BRITISH BORNEO 1959 $1 BANKNOTES

STRAITS SETTLEMENTS 1935 $1 BANKNOTE



Ini koleksi saya yang kedua untuk banknote Straits Settlements $1 1935 ni..baru dapat semalam selepas 4 tahun mencari. Koleksi yang pertama memang agak buruk, yelah sesuai dengan cara saya, suka mencari coins/banknotes dengan harga murah dan mengikut kemampuan sendiri, tu yang sampai 4 tahun baru dapat yang ok sikit. Bagi saya satu kemenangan jika berjaya memiliki koleksi yang agak cantik dan berkualiti tinggi tapi murah. Jadi yang baru sampai ni adalah "upgrading" bagi yang kurang cantik dulu tu...maknanya yang tu bakal dilepaskan...huhu.

Note 1935 ni potret gambar King George V (King of England 1910-1936), dicetak diatas kertas yang mempunyai "watermark" gambar kepala harimau, "engraved" dan dicetak oleh Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd., England dan berukuran 125mm x 64mm.

Isnin, 9 November 2009

MALAYA & BRITISH BORNEO 1957KN 50 CENTS COIN


Kali ni pasal "mintmark", ada banyak jenis mintmark untuk coins dan semuanya tanda pengeluar atau kilang coin tersebut, antaranya "H" (Ralph Heaton & Sons, Birmingham), "W" (James Watt & Co., Birmingham), "KN" (King's Norton Metal Co. Ltd., England), "B" (Bombay Mint), "C" (Culcutta Mint), "i" (daripada Bombay Mint atau Culcutta Mint), "F" (Franklin Mint, USA). Terdapat juga singkatan pengukir atau "engraver" pada coin tertentu seperti "W.W" (William Wyon), "DES" (George William de Saulles), "B.M" (Bertram Mackennal), "PM" (Percy Metcalfe C.V.O) dan "G.C" (Geofrrey Colley)

Coin Malaya & British Borneo yang saya ada ni ada mintmark "KN"; kenkawan semua boleh lihat dengan nyata pada gambar yang saya upload. Tumpukan perhatian kat mintmark semua ni sebab ada yang terlampau-lampau mahal seperti coin Malaya 10 Cents 1941i dan 1945i, harga pasaran melebihi RM8000 sekeping dan tidak seperti 1941 dan 1945 tanpa mintmark "i" hanya berharga RM10 sekeping.

Coin yang ni seberat 144 grains atau 9.3312 grammes, diameter 27.7mm, komposisi Cupro Nickel (copper 75%, Nickel 25%) dan dikeluarkan sebanyak 2,000,000 keping.

SARAWAK 1927 H FIVE CENTS COIN



Banyak artikel yang saya nak terbitkan tapi saya agak sibuk kebelakangan ni, maklumlah..dah dok kampung ni..pasang tunggak pagar dusun la..uruskan kilang mee kuning ni la...dan macam-macam urusan lagi. Dah buat kerja berat-berat..letih sangat la pulak nak buat artikel. Apapun saya akan cuba terbitkan sebanyak yang saya mampu untuk kita terus berkongsi ilmu.

Coin saya yang ni adalah Sarawak 1927 H 5 sen. Potret muka Rajah Charles Vyner Brooke (1917-1946), bahagian tepi "plain", seberat 60 grains atau 3.88 grammes, diemeter 21mm, komposisi adalah dari "Cupro Nickel" (sebab kekurang "silver" selepas perang dunia pertama) dan dikeluarkan sebanyak 600,000 keping.

Harga pasaran untuk yang ni tak le mahal sangat tapi untuk cari yang berkualiti tinggi sudah semakin payah. Yang ni pun saya dah simpan lebih dari 3 tahun...selepas beberapa kali siri "upgrade" baru le sampai ke kualiti yang ni.

Jumaat, 6 November 2009

NEW LABUAN TOBACCO COMPANY LTD (N.L.B.T.C.L.) ESTATE SHOP TOKEN



Wang atau coin persendirian untuk pekerja-pekerja ladang biasanya dikeluarkan oleh syarikat-syarikat perladangan sebagai ganti gaji para pekerja tersebut dan token-token tersebut hanya boleh digunakan di kedai-kedai dalam kawasan ladang sahaja. Terdapat bayak gak siri token ni seperti Borneo Labuk Tobacco, Labuk British Borneo, The Labuk Planting Company, London & Amsterdam Borneo Tobacco, Cadei Pitas Estate, Sandakan Tobacco, Tenom Rubber Company, New Labuan Borneo Tobacco, The New Darvel Bay Tobacco, Ramie Fibre Company, Melalap Estate, Kimanis Rubber, Pitas and Nicolina Estate, The Cowie Harbour Coal Company, Jellani Estate dan Rio Grande Estate (sorry la kalau ada yang tertinggal)

Kalau korang terjumpa mana-mana dari coins ni..simpan je sebab harga tinggi gak.

Coin N.L.B.T.C.L. "one cent" saya ni, mempunyai Chinese characters di bahagian belakang "Tui Huo Yih Hsien" (tukaran satu sen), seberat 63.30 grains atau 4.10 grammes, diameter 24mm (berlubang di bahagian tengah) dan komposisi adalah dari "brass"

Khamis, 5 November 2009

RM18 (USD5) for SARAWAK 10 CENTS 1940 NOTE?


I still can't believe, my emergency issue, Sarawak 1940 Ten Cents note worth only for RM18 ! I got a great deal from a seller from France, a small bundle of banknotes just for USD35 and...what a lucky day, this Ten Cents note is one of them! So, one banknote, approximately just for USD5 ! Still in a great shape and trust me...this one is not from Tiongkok..hehe.

Dated 1st August 1940, potrait of Charles Vyner Brooke at right, printed on white watermark paper (SDM), reverse side is "blank", designed and printed by the Survey department, F.M.S. and the size is 120mm x 79mm

Isnin, 2 November 2009

MALAYA 10 CENTS 1941 VARIETY "a", "b" dan "c"




Dulu masa mula-mula collect saya agak confuse pasal variety "a", "b" dan "c" ni tapi bila dah jumpa baru saya yakin dan faham. Cuma saya makin confuse, disebabkan hanya terdapat satu titik kecik dakwat masa cetak (tak seperti "a", "b" dan "c" yang amat ketara pada "engraved"), sekarang dah sampai variety "f". Maknanya, lepas ni nak kena belek gila-gila la, kalau tak nanti melepas. Pada collector lain...happy hunting!

Duit ni dikeluarkan pada 1 Julai 1941 oleh Thomas de La Rue & Company, London

Ahad, 1 November 2009

BOARD OF COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA $10 BANKNOTE



Duit ni pun semakin mahal dari hari ke sehari. Pada mana-mana kolektor yang baru nak mula, kalau ada peluang dan kemampuan, kumpul je...tentu tak rugi sebab harga akan terus naik. Kalau dah beli dan terdesak nak jual sebab nak guna duit...jual je murah-murah kat saya...sure saya beli punya le...hehehe

Duit potret King George VI (1936-1952), dikeluarkan Waterlow & Sons Limited, London dan berukuran 152mm x 82mm

NEED SERVICE TO DECODE YOUR WEB SCRIPTS?




Need help to decode your scripts ?

Try it now. Only pay when decoding is successful.

Price: USD 3 per page.


I'm promoting on behalf of this programmer. If you're having a big headache while decoding your web scripts, just throw it to him, he will do his part.

Visit this store : http://www.chahayastore.com/

or just email him at megatron848@gmail.com