Sabtu, 31 Oktober 2009

MALAYA 1940 10 CENTS EMERGENCY BANKNOTE



Yang ni antara koleksi Malaya saya. Duit emergency 1940. Depa panggil emergency sebab habaqnya duit ni limited, masa kapal British hantar bekalan duit-duit untuk digunakan di Malaya, kapal tu kena serang, tenggelam! So depa keluarkan duit emergency untuk ganti duit-duit yang hilang tu.

Dicetak atas kertas watermark MSD dan peta Malaya, potret gambar King George VI (1936-1952), sebelah belakang "kosong", direka dan dicetak oleh The Survey Department dan berukuran 104mm x 55mm

MALAYSIA 2nd. SERIES $50 ERROR BANKNOTE


Yang ni antara koleksi duit salah cetak yang saya ada. Satu nombor siri (nombor "4") telah "hilang". Keadaan duit ni adalah UNC.

"Gabenur" Ismail Mohd Ali, siri ke-2 (1971-1976). "Engraved" dan dicetak oleh Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd. dan berukuran 146mm x 87mm

APA LA MAKSUD TULISAN NI?


Ade idea tak kenkawan apa maksud tulisan kat setem-setem saya ni. Sapa la yang dok gatai conteng sebab kat dalam katalog tak ada kategori yang ni...confuse kawan!

MALAYA JAPANESE OCCUPATION STAMPS


Ada sesapa ada idea tak kenapa setem saya yang paling atas ada chop jepun? Setem Jepun-Malaya start dari tahun1942 dan pada era King George VI tapi kenapa yang sekeping ni pulak, King George V ada chop Jepun yang "rare" ni, dia ni hidup dari tahun 1910-1936, Jepun pun belum berapa nak plan untuk jajah dunia. Tapi la, kalau betul chop ni ori, harga mau mahal gila...maklumlah, semua katalog takde tak kira le Steven Tan ke, Stanley Gibbons ke..semua takde. Sapa-sapa nak komen macam mana saya nak tentukan ori ke tak chop tu (untuk makluman, setem ori, chop je belum tau lagi)...nak ke saya contact depa ni tanya?

STAMPS FOR COMMUNITY NOT CHARITY





Sejujurnya saya ada lingkungan 2 ribu keping setem Malay States, Staits Settlements, North Borneo, Labuan, Sungei Ujong dll atau senangnya setem-setem negara kita semenjak dari era Queen Victoria semasa jajahan British hinggalah ke sebelum merdeka. Setem-setem selepas merdeka tak banyak sangat sebab keutamaan awal saya hanyalah 1957 ke bawah.

Asalnya, saya ada kerjasama dengan beberapa sekolah-sekolah di Negeri Sembilan untuk menyokong persatuan pengumpul setem sekolah tersebut dan saya akan membantu murid-murid untuk memiliki setem "mampu milik" (mengikut kemampuan murid), tetapi bila lama-kelamaan,saya jadi agak risau untuk berurusan secara langsung.

Kepada sesiapa yang berminat, beginner atau pun otai..marilah kita berkongsi pengalaman, bertukar-tukar koleksi jika ada persetujuan.

Khamis, 29 Oktober 2009

ISLAND OF SUMATRA 1804 ONE PICE ERROR COIN


Ini salah satu dari error coin yang saya ada dan tak banyak info yang saya ada pasai coin ni tapi ada disenaraikan didalam katalog Steven Tan. Tunggu le saya buat research dulu dan saya akan update kemudian sebab error coin ni harga pasaran agak tinggi gak sebab ramai pengumpul gak yang dok di bawah kategori ni

Club Blog-Blog Bicara Sempoi

Saya dok tgk blog yang ni http://blog-blog-bicara-sempoi.blogspot.com , agak menarik gak sebab ramai yang dah join, jadi amat mudah untuk mempromosikan blog-blog baru. Cara nak join pun agak mudah..ikut jer 3 langkah yang telah ditetapkan.
  • Pasang link atau banner Kelab Bicara kat blog sendiri
  • Buat "posting Review" mcm yang sya tgh buat ni
  • Buat sikit ulasan kena buat blog
  • dan last sekali...register pastu tunggu untuk pengesahan
Banyak forum kat sini, ramai pengikut, so maknanya kalau nak naikkan ranking mari le kita join ramai-ramai...hidupkan ruang-ruang berkumpul untul blogger-blogger Malaysia sambil mempromosikan blog anda sendiri kepada blogger-blogger yang lain

PATANI-KELANTAN GOLD KUPANG




Ini duit idaman saya. Setakat ni saya masih belum ada lagi coin ni, dari dulu dok cari tapi masih tak ketemu. Ada ke sapa-sapa tau kat mana boleh dapat? Diameter 10-10.5 mm, berat 9-9.4 grains atau 0.58-0.61 grammes dan komposisi adalah dari emas

Rabu, 28 Oktober 2009

EAST INDIA COMPANY 1845 QUARTER CENT


Saya tak tau nak kategorikan kat mana kualiti coin saya yang ni. Hampir tiada langsung tanda calar tetapi permukaan coin agak kotor disebabkan oleh "oxidation". Potret gambar Queen Victoria, coin seberat 36 grains atau 2.33 grammes, diameter 18mm, komposisi "copper" dan dikeluarkan sebanyak 34,327,247 keping.

MALAYA & BRITISH BORNEO 1959 $1 BANKNOTES




Terdapat 2 gambar yang telah saya upload, satu yang PALSU dan lagi satu yang ASLI. Mungkin jika sekali imbas tak nampak banyak perbezaan tapi gambar yang bahagian atas (A/88 066327) adalah yang palsu. Ada yang kata no siri yang palsu bermula dari 88..senang je nak cam tapi banyak lagi ciri-ciri palsu yang lain dan yang paling susah untuk ditiru adalah "watermark". Memang ada perkataan "reproduction" halus je kat bahagian belakang tapi perkataan ni boleh dipadamkan jika ada yang pandai. Duit ni berukuran 120mm x 63mm, ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik dan terdapat 2 variasi cetakan :
  1. Waterlows & Sons
  2. Thomas de La Rue
Kuantiti cetakan dari Waterlows & Sons adalah kecil jika dibandingkan dengan Thomas de La Rue, so harga pun berganda-ganda le lagi mahal. Kualiti koleksi ni adalah UNC. So, kenkawan..hati-hati dengan yang palsu!!

East India Company 1845 One Cent


Coin yang ni ada yang kata terdapat mintmark "WW", memang ada tanda macam "WW" tapi kurang jelas macam koleksi 1/2 cent yang saya miliki. Tak kisah le pasal mintmark tu. Coin saya yang ni juga UNC tapi terdapat kesan "oxidation" atau yang agak ketara. Berat coin adalah 144 grains atau 9.35 grammes, diameter 29mm, komposisi "copper" dan dikelurkan sebanyak 18,525,893 keping (tanpa mintmark "WW") dan bagi "WW" ianya adalah "PROOF" atau bukan untuk edaran umum.

British North Borneo 1929H 25 Cents


Duit ni diedarkan sebanyak 400,000 keping sahaja, seberat 43.63 grains atau 2.83 grammes, diameter 18mm dan komposisi silver (.500 fine). Koleksi yang ni pun tak terdapat sebarang calar dan dalam keadaan UNC. Tak ingat le saya dapat dari mana sebab dah lebih 5 tahun saya ada duit yang ni dan saya pulak buat silap..tak ada katalogkan dari mana saya dapat..dulu-dulu ada le buat sekejap tapi sibuk sangat sampai tertinggal usaha tu padahal kalau saya teruskan buat katalog lagi sistematik koleksi saya..software untuk tu pun dulu-dulu saya ada..apa daaaa..malas!

British North Borneo 1891H One Cent


Tak tau le nak kategorikan apa coin yang ni. Kalau bukan sebab calar kat sebelah kanan pedang tu dah UNC dah coin ni. Di edarkan sebanyak 3,000,000 keping, seberat 144 grains atau 9.33 grammes, diameter 29mm dan komposisi "copper". Saya ada lagi sekeping tahun yang sama...kualiti pun bagus gak. Coins sejenis yang berlainan tahun akan saya upload kemudian jika ada kelapangan untuk tatapan bersama dan mungkin kita boleh berkongsi idea nanti

Straits Settlements 1902 Ten Cents


Koleksi yang ni aEF. Yang ni saya dapat percuma dari sorang kawan sebab saya dah terbeli duit 1 1/2 cent British North Borneo 1903. Dia kata UNC tapi cuma aEF, so kena pulang balik kat dia dan sebagai hadiah dia bagi yang ni free sebagai kenangan persahabatan...best kan? Coin ni 41.90 grains atau 2.71 grammes, diameter 18mm, komposisi silver (.800 fine) dan dikeluarkan sebanyak 6,118,000 keping

Straits Settlements 1918 Five Cents


Dalam keadaan UNC. Potret gambar King George V (1910-1936) seberat 20.95 grains atau 1.35 grammes, diameter 16mm dan komposisi adalah dari silver (.400 fine). Saya tengah cari yang tahun 1920 dan diperbuat dari silver (sama saiz)..baru jumpa sekali..member punya tapi dia tak mau jual...dah jenuh pujuk.

Straits Settlements 1901 Ten Cents


Koleksi yang ni hampir UNC sebab ada sikit calar halus "bag marks" tapi pada sesetengah istilah dah kira UNC sebab maksud UNC adalah "in the condition as minted without any signs of circulation but may have traces of mint bag marks". Apa pun bagi saya yang ni bukan UNC cuma almost UNC...agaknya la!!!...atau saya yang syok sendiri bagi gred..hehehe. Dikeluarkan sebanyak 2,700,000 keping, diameter 18mm, berat 41.90 grains atau 2.71 grammes dan diperbuat dari "silver"

Straits Settlements 1897 One Cent


Yang ni gak UNC tapi terdapat kesan-kesan "oxidation" antara "bronze" dan lembapan, maklumlah dah lama sangat coin ni. Potret gambar Queen Victoria (1837-1901). Dikeluarkan sebanyak 18,040,000 keping dan diperbuat daripada gangsa (bronze)

Straits Settlements 1908 One Cent


UNC tapi terdapat sikit-sikit tanda kotor pada permukaan coin. Boleh cuci tapi tak digalakkan langsung untuk setiap pengumpul sebab akan turunkan nilai duit tu dengan teruknya..."lustre" - lapisan luar berkilat pada setiap coins akan hilang atau rosak, tu yang buat nilai jatuh teruk. Berat coin ni 144 grains atau 9.33 grammes, diameter 29mm, diperbuat dari "bronze" dan dicetak bersama coin tahun 1907 sebanyak 5,015,044

Straits Settlements 1908 Quarter Cent


Yang ni pun BU gak tapi saya cuma ada sekeping jer. Potret gambar King Edward VII (1901-1910) dengan tanda "DES" di bahagian bawah potret...maksud "mintmark" ni George William De Saulles (1862-1903) - dia ni rupa-rupanya keja jadi Chief Engraver kat Royal Mint London. Mesti cucu-cicit dia banyak simpan duit-duit kita kot? Ye la..dah kerja kat kilang buat duit..dia le pulak yang design duit-duit tu!

Straits Settlements 1916 Quarter Cent


Koleksi yang ni kualiti BU. Saya ada 2 keping kualiti hampir sama. Potrait King George V (1910-1936). Dicetak sebanyak 4,000,000 keping dan diperbuat dari gangsa (Bronze). Masa dok mula dulu, duit yang ni saya ada buruk sesangat....tapi sekarang dah "upgrade" ke BU.

Sarawak 1937 H One Cent Coin


Ha..yang ini saya ada lebih dari sekeping..kualiti aUNC, UNC dan BU. Muka Rajah Charles Vyner Brooke (24 Mei 1917- 01 Julai 1946). Kuantiti dicetak adalah sebanyak 3,000,000 keping dan diperbuat dari gangsa. Kalau sapa-sapa berminat nak tukar-tukar bolehlah habaq kat saya.

Sarawak 1897H One Cent Coin


Ni antara coin kesukaan saya. Coin dari Sarawak tahun 1897H, kualiti aUNC. Duit ni muka "C. Brooke Rajah" (03 Ogos 1868-17 Mei 1917) dengan dua bendera bersilang di bawah potret dan dicetak sebanyak 1,088,889 keping.