Jumaat, 1 Januari 2010

KOLEKSI LOGAM KUNING 2



Setelah berpuas hati dengan kadar atau kategori zakat untuk koleksi logam kuning dan logam putih saya, kat sini saya nak buat rumusan, koleksi saya ni rupa-rupanya tetap akan dikenakan zakat bila cukup nisbah dan haul. Koleksi ni termasuk ke kategori emas dan perak yang tidak digunakan dan nisbah zakat emas bagi negeri Selangor adalah 85 gram dan zakat yang dikenakan adalah 2.5% dari nilai emas semasa.

Nisbah perak pulak adalah bersamaan 200 dirham atau 595 gram dan zakat yang dikenakan juga 2.5% dari harga semasa perak. Jadinya jangan le kita leka dengan hobi sebagai collector yek. Sesiapa yang ada koleksi logam-logam berharga ni, tengok-tengoklah..takut-takut nanti layak pulak untuk dikenakan zakat.

Koleksi ke-2 saya ni dikeluarkan antara tahun 1688-1698 pada era Sultanah Kamalat Zainal ad Din Shah dan bernilai 1/4 Mas atau Dinar. Dinar ni digunakan oleh pedagang Melayu Acheh di zaman kegemilangan Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan