Sabtu, 5 Jun 2010

Untung rugi menjadi collector Numismatic items


Baru-baru ni saya terpaksa jual beberapa items kesayangan untuk top-up modal perniagaan. Sedih gak bila beberapa keping coins Penang, Sarawak & Straits Settlements terpaksa berpindah tangan semata-mata nak beli lagi beberapa biji mesin tambahan.

Mula-mula rasa sedih sebab terpaksa jual tapi bila dikenangkan peluang cuma datang sekali, rasa rugi pula kalau saya tak sambar. Ye la, peniaga lain tutup kilang sebab masalah kesihatan, jadi terpaksa jual seluruh perniagaan yang mana peralatan sahaja dah berharga 30 ribu tidak termasuk resepi, training & spare parts untuk mesin-mesin tu.

Saya dalam proses untuk borong semua tu....tu yang terpaksa berpisah dengan antara koleksi kesayangan, huhuhu sedih. Jika tiada aral, minggu depan semua tu akan menjadi milik saya. Harap-harap takde masalah besar selain dari kejatuhan moral yang agak teruk di mana agak ramai kenalan yang menggagalkan saya sebelum saya cuba untuk membesarkan perniagaan; baru nak cuba dah ramai yang kata idea saya tu terlampau berisiko..tapi takpe, sekurang-kurangnya saya mencuba..jadinya, 50% kejayaan telah pun milik saya, yang selebihnya ...tunggu dan lihat le nanti!

Oklah ye...happy hunting semua, ada kelapangan nanti saya akan update blog ni lagi.

Khamis, 20 Mei 2010

Dokumen Lama Zaman Pemerintahan British



Mula-mula maaf sebab sudah terlalu lama tidak update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni, business semakin maju, dan jika tiada aral Jun ni akan mula pula projek yang baru.

Masa dok kemaskan koleksi duit-duit lama, saya terpandang 3 dukumen lama, perjanjian antara 2 pihak pada zaman British dulu, cuma semua yang tertera di sini dalam bahasa Cina...tak faham daa. Apa yang saya nampak, pada Straits Settlements sealed tertera dengan jelas tarikh dokumen ni di meterai iaitu 7 April 1934. Perjanjian tentang apa, saya tak tau, mungkin pajak gadai kot!

Pada sesiapa yang baca boleh le translate sikit untuk saya, kurang-kurang saya tau apa benda yang saya dok simpan selama ni. Dokumen ni pun dah lebih 3 tahun menjadi koleksi, jumpa masa dok jalan-jalan kat pasar karat (Pasar Warisan Seremban). Ada value ke tak dukumen ni saya tak pasti, apa pun saya suka tengok tulisan kaligrafi cina yang amat cantik bagi saya.

Isnin, 12 April 2010

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) 20 Cents 1941 Banknote for SALE - SOLD


Price: RM 65

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) 20 Cents 1941 Banknote for SALE.

No pinholes. Please refer scans for judgements & do informed me for more informations.

Portrait of King George VI. Reverse; arms of Straits Settlements on top, surrounded by Federated & Unfederated Malay States and Brunei arms. Size 114mm x 76mm. Engraved & printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London.

Shipping & Packaging :
Posdaftar RM2, Poslaju RM6 (Malaysia)
USD5 Registered Mail (international)

SOLD - NO LONGER AVAILABLE !

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) 10 Cents 1940 Emergency Banknote for SALE - SOLD


Price: RM 100

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) 10 Cents 1940 Emergency Banknote for SALE.

No pinholes. Please refer scans for judgements & do informed me for more informations.

Portrait of King George VI. Reverse; blank. Size 104mm x 55mm. Designed & printed by The Survey Department, F.M.S.

Shipping & Packaging :
Posdaftar RM2, Poslaju RM6 (Malaysia)
USD5 Registered Mail (international)
SOLD - NO LONGER AVAILABLE !

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) $1 1941 Banknote for SALE - SOLD


Price: RM 100

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) $1 1941 Banknote for SALE.

Very nice banknote with minor wrinkles & dirts. NO pinholes or other defects.

Portrait of King George VI. Reverse; arms of Straits Settlements on top, surrounded by Federated & Unfederated Malay States and Brunei arms. Size 124mm x 64mm. Engraved & printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London

Shipping & Packaging :
Posdaftar RM2, Poslaju RM6 (Malaysia)
USD5 Registered Mail (international)

SOLD - NO LONGER AVAILABLE !

Jumaat, 26 Mac 2010

Sarawak 10 Cents 1940 Emergency Banknote for SALE - SOLD


Price: RM 160

Rare Sarawak 10 Cents 1st. August 1940 Emergency Banknote.

Portrait of Charles Vyner Brooke at wright and printed on watermark paper (SDM), designed & printed by The Survey Department, F.M.S. Size 120mm x 79mm.

Shipping & Packaging :
Posdaftar RM2, Poslaju RM6 (Malaysia)
USD5 Registered Mail (international)

SOLD - NO LONGER AVAILABLE !

Khamis, 25 Mac 2010

Tanah 1 ekar di belakang MRSM Ulu Yam, Sungai Chik untuk DIJUAL




Lokasi : belakang MRSM Ulu Yam, Sungai Chik


Luas : 1 ekar
Status : Pertanian (least hold), 99 tahun
Harga : RM 75k (boleh runding)

Nota : Saya bukan broker, cuma mewakili jiran saya En Abdul Nizan Abdullah. Jika berminat sila hubungi saya (Fazil) di 016-4954101 atau 016-2884058

Jumaat, 19 Mac 2010

1986-1987 $1 Malaysia 100 pcs Running Numbers (One Bundle) for SALE - SOLD




1986-1987 $1 Malaysia 100 pcs Running Numbers (One Bundle) signed by Tan Sri Dato' Jaafar Hussein for SALE

Price : RM150
Condition : UNC but 15% minor foxing

Shipping & Packaging : RM5 (Registered Mail-Malaysia), RM7 (POSLAJU) or USD8 (Registered mail for international)

SOLD - NO LONGER AVAILABLE !

Jumaat, 5 Mac 2010

Duit Z series atau replecement notes


Saya sekarang pening gak memikirkan duit-duit replacement notes ni...dah bermacam siri dan tak semua lak siri Z ni replacement. Cumanya.....saya masih tak arif yang mana satu yang siri biasa dan yang mana pulak sebenar-benarnya replacement.

Disebabkan perniagaan saya berususan dengan banyak peniaga, maka..duit satu ringgit pun dah beribu keping dah saya terima sebagai bayaran dan banyak antara duit-duit tersebut dari siri Z, cuma CR je yang masih tak dapat-dapat lagi...hehehe. Jadi sesiapa collector yang ada knowledge pasal replacement ni sila le bagi bantuan yek...saya dan buntu dok fikirkan siri Z ni...kang dok simpan kang tak tinggi nilai lak, buat penat je nanti !

Khamis, 25 Februari 2010

DUIT PERAK LAMA - PRIVATE MONETARY TOKEN (JOKOH)


Kali ni saya nak cerita lak pasal koleksi rare yang satu ni, token atau jokoh lama yang pernah digunakan oleh syarikat bijih timah di pekan Taiping, Perak sekitar tahun 1870an. Jokoh ini digunakan sebagai tukaran bagi pekerja lombong bagi kelompok atau kumpulan terbabit iaitu Syarikat Guan Kee.

Memang rare sebab saya adalah peminat token atau jokoh lama dan ini adalah kali pertama saya terjumpa jokoh jenis ni, kena lak keadaan boleh dikatakan teramat cantik (EF - aUNC), hampir tiada cacat akibat penggunaan harian, cuma kesan hakisan oxidation terhadap timah setelah dikeluarkan ratusan tahun dahulu.

Bahagian hadapan tertulis dalam perkataan Cina "Thai Ping Guan Kee" (Guan Kee, Taiping), bahagian belakang kosong tanpa sebarang tanda, seberat 6.4 grammes, diameter 29mm dengan lubang di tengah berbentuk empat segi dan diperbuat daripada timah. Saya amat berpuas hati dengan hasil buruan kali ni dan akan terus memburu token atau jokoh yang lebih rare di masa yang akan datang untuk kita terus kongsi maklumat bersama.

Jumaat, 19 Februari 2010

PENANG 1 PICE 1810 COAT OF SERIES FOR SALE - SOLD



PENANG 1 PICE (ONE CENT) 1810 COAT OF SERIES FOR SALE

Malaya under East India Company with Coat of Arms on obverse
and "Pulu Pinang" on reverse.

Weight : 9.46 grammes

Diameter : 28mm

Composition : Copper (Struck at The Royal Mint, London)

Price : RM65

Postage (Shipping & packaging) : RM3 via registered mail (local) or USD3 (international)

ITEM IS NO LONGER AVAILABLE - SOLD !

THE LABUK PLANTING COMPANY LIMITED TOKEN



Token kali ni agak rare, digunakan pada zaman British North Borneo (Sabah) dan susah gak nak dapat. Bahagian hadapan tertulis "THE LABUK PLANTING COMPANY LIMITED (Toongood)" dan pada bahagian tengah terdapat perkataan "1 DOLLAR". Bahagian belakang lak tertulis dalam tulisan Cina "YIH YUAN", seberat 126.5 graines atau 8.20 grammes, diameter 29mm dan diperbuat daripada Copper. Ada gak variasi yang diperbuat daripada Silver dan yang ni lagi susah nak jumpa.

Seperti biasa saya memang peminat token terutamanya yang pernah digunakan di negara kita. Sapa-sapa yang nak kongsi info bolehlah contact saya yek...kita sama-sama teruskan hobi memburu ni.. moga-moga boleh dapat hasil yang lumayan.

Rabu, 10 Februari 2010

DUNIA DENGAN LAMBAKKAN DUIT-DUIT PALSU




Sekarang dah jadi macam satu trend...barangan tiruan atau replika merupakan sebahagian daripada kehidupan harian kita. Penerimaan lambakkan barangan ni bukan je menguntungkan bagi sesetengah pihak tapi bagi kami sebagai coins/banknotes collector, satu tamparan yang amat hebat. Ye la, mana tahan kalau dah terbeli koleksi yang cukup mahal tapi bila tiba ketika, ada lak sahabat lain yang kata "eh..ni coin palsu ni!" Tak ke sakit hati dengan kata-kata macam tu?

Bayangkan bila ada replika yang terlampau high quality, sampai pihak professional pun tertipu, macam mana pula dengan kami? Tentu la lagi mudah terkena ! Sebelum ni, melalui perbincangan saya dengan blogger yang lain, industri replika ni tak salah pun dari segi undang-undang negara pengeluar tersebut. Kena pulak bila tiba time nak jual, seller tu begitu "jujur" declare yang item tu REPLICA. Kat bahagian tertentu coin tu pulak tertera chop "COPY", tapi bagaimana kes macam yang satu ni, saya beli dari seller yang sama untuk dijadikan bahan rujukan, tapi bila sampai kat saya, tak ada pun perkataan "COPY" tu! Maknanya saya sebagai orang kedua, senang-senang je boleh jual balik kat collector lain kata coin saya ni asli. Mahal tu kalau ori sebab coin Sarawak saya ni cuma ada 50 keping je dalam dunia !!!!

Jadinya, sahabat collector yang lain, hati-hati le bila memburu kat luar sana...sedangkan orang pun ada yang palsu, inikan pula collectible items...lagi le berlambak !

Khamis, 28 Januari 2010

NEW LABUAN TOBACCO COMPANY LTD (N.L.B.T.C.L.) ESTATE SHOP TOKEN FOR SALE



Baru-baru ni saya berpeluang untuk memiliki lagi satu coin atau token New Labuan Tobacco Company LTD (N.L.B.T.C.L.) satu sen. Kedua-duanya masih dalam keadaan amat cantik dengan hampir tiada kesan calar cuma hitam akibat oxidation antara lembapan udara dengan bahan komposisi coin atau token ni iaitu brass.

Kedua-duanya saya amat sayang tapi terpaksa dilepaskan salah satu sebab saya nak "trade" lak dengan item yang lain. Saya tau, cukup ramai kenkawan yang berminat, tapi pada yang serious nak melengkapkan koleksi, silakan le email kat saya di fazilster@gmail.com untuk perbincangan. Saya nak jual coin/token yang pertama..yang gambar paling atas. Entah le, kadang-kadang bila difikirkan kali kedua..tak sanggup lak nak jual sebab item ni semakin hari semakin rare dan mahal, cuma..apa pun cepat-cepat le email sebelum saya berubah hati lak tak jadi jual.

ITEM INI TELAH PUN DIJUAL PADA 29 JAN. 2010

Rabu, 27 Januari 2010

FEDERATED MALAY STATES - TEN KATIS RUBBER COUPONS



Mula-mula saya nak minta maaf sebab blog saya ni dah mula bersawang...sibuk sesangat, ada kematian keluarga dan tambahan pula business kecil-kecilan saya ni dah semakin maju, sampai takde masa nak buka internet.

Kali ni saya nak cerita pasal rubber coupons. Ada banyak jenis dan ada banyak negeri-negeri Malaya yang keluarkan coupons ni dan saya tengah cuba kumpul sebanyak yang mampu. Koleksi saya yang ni dikeluarkan pada 31 December 1941, berukuran 104mm x 55mm, direka dan dicetak oleh The Survey Department, FMS di atas kertas yang ada watermark SDM dan peta Malaya.

Apa yang menarik koleksi kali ni, ianya adalah dalam running serial numbers sebanyak sebelas keping dari nombor sini 535550 sehingga 535560 termasuk satu keping nombor siri hampir solid number 535555. Tak tau le kenapa saya minat sesangat kalau nombor berturut ni, lagi banyak keping lagi membuak-buak minat, macam takleh ditahan-tahan...mungkin susah nak dapat kot..hehe

Khamis, 21 Januari 2010

MALAYA SINGAPORE STAMPS - 10 CENTS (1948/49-1952)


Mungkin bagi sesetengah pengumpul setem-setem lama, setem saya yang ni tak begitu istimewa kerana harganya agak murah di pasaran. Kalau mengikut katalog Steven Tan, setem ni cuma bernilai 50 sen ~ 60 sen sekeping dan masih mudah untuk dimiliki. Setem ni adalah "definitive series" (King George VI), dengan watermark 'Multi Script CA' dan dikeluarkan oleh De La Rue & Company, London.

Kat sini saya bukannya nak cerita yang harganya tak tinggi, tapi nak kongsi cerita, betapa murahnya harga buruan saya kali ni. Untuk 10 bundles yang saya ada ni, percaya atau tak, saya beli hanya dengan harga USD 0.99 atau RM3.50 dan percaya tak, setiap satu bundle ni ada 100 keping...maknanya kesemua, selonggok ni ada sebanyak seribu keping. Harga pasaran yang murah tu; 50 sen ~ 60 sen sekeping kalau dijumlahkan atau kali seribu maknanya dah RM500 ~ RM600. Misi saya berjaya...berjaya memiliki sesuatu yang bernilai dengan harga yang cukup rendah dan sekarang saya dah ada tambahan lagi seribu keping untuk projek "menyayangi hasil khazanah negara" peringkat sekolah yang masih dalam perancangan..harap-harap semuanya akan berjalan lancar nanti.

Cukup seronok untuk kali ni tapi pemburuan tetap perlu diteruskan dan banyak lagi yang perlu diteroka..moga saya akan terus berjaya.

Rabu, 20 Januari 2010

DUIT KERTAS PUN BANYAK YANG PALSU





Kali ni saya nak cerita pasal duit lama Board of Commissioners of Currency Malaya - Five Cents yang palsu. Saya dah tau lama yang siri duit kertas Malaya banyak yang palsu terutamanya pada siri yang tidah mempunyai watermark seperti siri 1 Cent, 5 Cents dan 10 Cents. Pada beginner atau new collectors yang masih tak tau istilah watermark, senang je, watermark tu salah satu ciri security features pada duit kertas macam duit kertas Malaysia sekarang, kalau tengok kat cahaya atau rendam kat dalam air, akan nampak imej "gambar potret agong" kat ruang kosong sebelah kiri. Sebenarnya banyak lagi security features yang lain tapi kat sini saya cuma nak buat image comparison sebab ini antara cara yang paling senang nak buat. Yang palsu tak detail macam yang original.

Pada mulanya saya beli duit ni sebab ingatkan duit ni ori. Seller tu pulak buat macam terperanjat je bila saya kata duit ni palsu dan siap offer refund kat saya. Memang kaki penipu, berapa ramai le yang dah terkena. Kalau duit reproduction senang sikit nak kenal sebab ada tulis kat duit tu "reproduction" tapi saya tetap beli gak sebab nak jadikan bahan rujukan dan untuk saya kongsi bersama bloggers/collectors yang lain.

Saya ada uploadkan 4 keping gambar dan sahabat semua nilaikan aje la sendiri yang mana satu ori dan yang mana satu palsu. Jangan terkena dan selamat meneruskan pemburuan duit-duit lama!

Isnin, 18 Januari 2010

Bila burung meminta belas....



Terkeluar dari tujuan utama blog ni diadakan, kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman sedih untuk kita kongsi bersama, kurang-kurang boleh dijadikan teladan.

Tadi lepas balik dari bandar..urusan bank, sampai je rumah kami ternampak seekor burung dalam kesakitan di atas bumbung rumah. Terus saya ambik tangga untuk melihat apa yang berlaku. Saya nampak kaki burung tersebut cedera teruk..patah. Saya cuba tangkap tetapi ia terus terbang melarikan diri.

Saya ingatkan cuma setakat tu je perihal burung tu. Masa kami dok main badminton sebagai riadah harian kami, burung tadi tu sekali lagi datang menghampiri kami..seakan-akan minta dikasihani. Perlahan-lahan, terhendap-hendap saya cuba tangkap dan dalam keadaan hampir meniarap saya berjaya menangkapnya.

Setelah saya amati, kaki burung tu cedera teruk, dah lama patah teruk, berbau dan berulat. Saya dan isteri berhati-hati membuang ulat-ulat pada luka kaki burung tu satu-persatu. Saya semburkan ubat luka dan antibiotic, lepas tu kami balut kemas bahagian yang patah.. siap pesan lagi kat burung tu supaya bertahan sebab hari dah hampir malam, kami tak punyai makanan yang sesuai untuk diberikan...tunggulah sehingga siang esok, pasti kami belikan makanan yang sesuai.

Sebelum mandi dan solat maghrib, sempat saya titiskan air untuk burung tu...kesian sungguh, ia minum dengan gelojoh seakan-akan amat dahaga, banyak gak ia minum. Kami ingatkan ia akan dapat bertahan tapi, huhuhu ..sedih, beberapa minit lepas tu ia mengulupur beberapa kali dan terus kaku..MATI. Sedih gak, ia terbang dari jauh, datang mintak dikasihani, lepas dibersihkan, diubat, dibalut luka dan diberi minum...kaku di depan mata, terkedu isteri dan anak-anak menyaksikannya...tapi takpelah, dah ajal nak buat macam mana ye tak...kita ni pulak tak tau lagi bila dan macam mana, cuma bersiap sedia je lah dengan apa yang bakal mendatang. Sesungguhnya cerita seekor burung tadi tu membuatkan kami lebih rapat dan menghargai setiap detik yang ada..MASYA-ALLAH!

Ahad, 17 Januari 2010

KOLEKSI LOGAM KUNING 6



Ada sesiapa pernah terfikir tak dari mana datangnya logo Bank Negara yang ada kat belakang setiap duit kertas negara kita yang gambar kijang tu? Hari-hari dok pakai duit tapi hampir tak perasan pasal logo tu. Sebenarnya dah lama sesangat saya nak menjejak asal logo ni, bila dah tau datang dari mana, mula le membuak-buak minat untuk memiliki apa yang saya rasa antara khazanah yang cukup bermakna. Sepuluh tahun dok buru kijang mas ni, baru sekarang ni dia menyerah diri.

Koleksi logam kuning kali ni adalah dari Kerajaan Kesultanan Kelantan dan mula dikeluarkan antara hujung kurun ke-16 hingga ke-18. Dikenali sebagai emas KUPANG dan diguna pakai di kerajaan Kelantan-Patani. Terdapat banyak siri..macam-macam jenis kijang, kijang menghadap ke kanan, menghadap ke kiri, ada yang ekor dok ke atas, yang dok ke bawah pun ada gak, cuma yang tu lagi "rare".. yang takdak ekor saya tak jumpa lagi.

Koleksi saya yang ni cuma baru permulaan untuk siri Kupang, banyak lagi kijang yang nak saya buru, cuma ianya liar sangat, susahhhhhhh nak dapat!

Siri saya adalah SS 57 mengikut buku Saran Singh. Bahagian hadapan gambar kijang, ekor menghala ke atas dan terdapat bulat di penghujung ekor. Kat bahagian belakang pula terdapat perkataan Arab "Al Adil", seberat 9 grains atau 0.58 grammes, diameter 10mm dan diperbuat daripada emas.

Kalau sesiapa ada lebihan kijang ni dan tak berminat lagi nak bela habaq kat saya yek.... saya dengan rela hati nak bela..nak buat kawan kat yang satu ni...kesian dia..huhu.

Jumaat, 15 Januari 2010

KOLEKSI LOGAM KUNING 5



Saya sebenarnya nak minta tolong kat sesiapa yang ada info berkenaan koleksi logam kuning saya yang ni sebab saya tak jumpa ianya tergolong pada era yang mana. Penat dah buat research dan refer kat database tapi tetap tak jumpa-jumpa. Yang iras-iras ada la.

Menurut rujukan yang saya buat, logam kuning saya ni tergolong dari era Dutch India Colonial antara kurun ke-17 hingga ke-18 dan dipanggil gold Fanam tapi gold Fanam ni ada banyak siri, saya kurang pasti siri yang mana. Jadinya, kalau ada sesiapa yang tahu boleh le kongsi info yek, tak lengkap rasanya bila ada koleksi tapi tak cukup info yang berkaitan.

Anggaran ukuran diameter coin ni adalah 6mm dan seberat 0.41 grammes dan komposisi adalah daripada emas.

Selasa, 12 Januari 2010

KOLEKSI LOGAM KUNING 4



Koleksi logam kuning kali ni dah berusia lebih dari seribu tahun dan datang dari kerajaan purba India yang digelar Yuddhamalla Chola antara tahun 973 A.D. hingga 985 A.D. Logam kuning ni di keluarkan pada era Rejendra I. Bagaimana saya boleh dapat koleksi yang ni...panjangggg ceritanya..rasanya tak perlulah saya ceritakan sejarah saya tu yek.

Anggaran ukuran diameter coin ni adalah 10mm, berat purata 0.49 grammes dan diperbuat daripada emas. Bahagian hadapan mempunyai gambar 'harimau' duduk menghadap ke kanan dan '2 ekor ikan' di bawah nyalaan api. Bahagian belakang lak terdapat "lagend" Tamil "Uttama Cholah".

Banyak lagi, koleksi logam kuning yang akan saya buru sama ada dari kerajaan lama tempatan atau pun kerajaan purba luar negara. Tak tau le kenapa saya minat sangat dengan benda yang berkilau ni...minat semulajadi kot..hehe. Apa pun setiap koleksi yang saya ada saya akan kongsi untuk tatapan dan tambahan atau pertukaran ilmu bagi kita semua..ok !

Isnin, 11 Januari 2010

DUIT ANTIK DARI KERAJAAN MAJAPAHIT



Yang ni pulak antara koleksi kerajaan-kerajaan lama yang dah tak wujud lagi yang saya ada. Saya dapat dulu dengan bertukar-tukar koleksi dengan salah seorang kawan baik saya Mr. Wong. Dia tukar dengan harapan supaya saya dapat study benda ni duit apa..dari negara mana dan tahun berapa ianya dikeluarkan.

Lepas dok buat research, rupanya-rupanya ini duit perak kerajaan Majapahit (bahagian Timur tanah Jawa). Duit awal yang dikeluarkan adalah pada penghujung kurun ke-8 dan awal kurun ke-9 A.D. dan dikeluarkan di Mataram. Duit perak dan emas kerajaan Majapahit ni telah digantikan secara rasmi antara tahun 1293 A.D. - 1522 A.D. dengan kebanjiran duit-duit Chinese Cash (duit-duit lama Cina yang berlubang tengah tu la..)

Ukuran nilai perak bagi duit ni adalah 1 Massa, diameter 14mm dan seberat 2.21 grammes. Bahagian hadapan adalah simbol Devanagari (Ma) dan bahagian belakang berbentuk bunga. Saya ada uploadkan 2 gambar, yang pertama duit yang pada tapak tangan...itu koleksi saya dan gambar yang kedua...yang cukup menarik tu sebagai gambar rujukan...cukup detail. Kedua-duanya sama kualiti cuma, kamera saya tak mampu untuk rakamkan gambar secantik tu.. sedih!

Jumaat, 8 Januari 2010

MALAYA & BRITISH BORNEO 1953 $1 BANKNOTES



Mungkin bagi sesetengah individu, tiada yang istimewa dengan koleksi duit malaya yang ni tetapi tidak bagi saya. Saya sentiasa percaya setiap yang saya miliki mempunyai nilai yang tersendiri sama ada dari segi harga mahupun nostalgia. Koleksi yang ni adalah lanjutan atau "upgraded version" dari koleksi yang sama saya sebelum ni.

Saya sentiasa akan meningkatkan kualiti koleksi saya terutamanya berkenaan dengan kualiti bahan koleksi dan pengetahuan saya sendiri mengenainya. Duit siri yang sebelum ni saya dapat dari salah seorang kawan baik saya yang bekerja sebagai "maintenance officer" di salah sebuah syarikat minyak terkenal negara kita dan antara koleksi saya yang terawal melalui beliau sebagai tanda persahabatan...terima kasih Bang Aziz ! Beliau ni adalah "collectible items/antiques collector" dan koleksi beliau amat menarik untuk ditatap...tak puas bila bertandang ke rumah.

Duit Malaya & British Borneo 3 keping berturutan nombor siri UNC/aUNC ni dicetak pada 21 March 1953, Potret pada bahagian hadapan adalah Queen Elizabeth II, watermark gambar kepala harimau, berukuran 121mm x 63mm, ditandatangani oleh W. C. Taylor dan direka/dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd., London. Pada bahagian belakang pula gambar "emblems" kebesaran negeri-negeri yang terlibat dalam pentadbiran Malay & British Borneo. Pada geng collector/pengikut blog ni lak, mulakanlah kumpul item yang EF-UNC dari sekarang sebab harga tengah naik mendadak....kalau tak mula sekarang, lepas ni tentu sesak nafas sikit nak kumpul....mulakan le buruan!

Khamis, 7 Januari 2010

LAGI DUIT PELIK YANG DAH BERUSIA LEBIH 1000 TAHUN


Dah lama gak saya memiliki koleksi pelik yang ni, rasanya dah lebih dari 7 tahun. Pada mulanya saya tak tahu pun benda ni duit dan dah berusia lebih dari 1000 tahun, tapi bila dah study, memang sah pun, ianya pernah digunakan sebagai matawang dan bahan pertukaran suatu masa dulu.

Koleksi yang ni adalah dari negara jiran kita Cambodia (Khmer), atau lebih dikenali sebagai duit Angkor. Mula dikeluarkan dari tahun A.D. 802 sehingga A.D. 1432. Duit ni berbentuk bunga teratai dan berukuran 1 1/8" (30mm). Mempunyai 5 kelopak bunga, diperbuat daripada gangsa dan seberat 19 grammes.

Ada banyak siri bagi duit Angkor ni, dan rasanya saya akan dapatkan nanti set yang lengkap, sedikit demi sedikit, ye la...minat sesangat nak simpan duit dari kerajaan yang amat terbilang suatu masa dahulu untuk tatapan generasi yang sekarang dan akan datang.


Rabu, 6 Januari 2010

DUIT PELIK DI TANAH MELAYU (MALAYA/MALAYSIA)


Banyak rupanya duit yang pelik-pelik yang pernah digunakan di negara kita dulu macam satu yang saya ada ni. Duit yang berbentuk ikan ni dipercayai digunakan pada kurun ke-18 di negeri Perak. Apa yang menariknya, dah le bentuk agak pelik, kegunaan pun tak kurang menarik untuk kita kongsi bersama.

Pada kurun ke-18 banyak kawasan bijih timah telah dibuka oleh orang-orang Cina dan Melayu tempatan. Duit-duit daripada timah ni direka mengikut bentuk-bentuk tertentu, kalau jenis binatang; antara yang telah direkodkan adalah bentuk gajah, kura-kura, buaya, ayam, belalang, ikan dan kambing. Kesemuanya mempunyai berat yang telah ditentukan untuk tujuan pertukaran tetapi banyak juga duit-duit ni dibuat mengikut "ritual" yang tertentu dengan memasukkan "jampi mentera" semasa pembuatannya.

Pawang-pawang Cina & Melayu zaman tu percaya dengan "ritual" ni, ianya akan membawa 'keamanan' atau 'kesenangan' kepada pembawa duit-duit ni. Sejauh mana keberkesanannya, saya tak pasti sebab saya pun tak lahir lagi zaman tu. Lagipun, di mana-mana negara pun memang ada golongan yang percaya dengan benda-benda pelik macam ni dan kadang-kalanya lebih dikenali sebagai tangkal atau "charm" berbanding dari duit. Anda lihat sendiri...dan sendiri nilaikan !

Selasa, 5 Januari 2010

THAI SILVER BULLET MONEY



Saya cukup berminat dengan duit yang pelik-pelik, kena pulak dah berusia ratusan tahun. Koleksi saya yang ni antara koleksi luar negara saya yang terawal saya miliki. Jika ada sesiapa yang terjumpa benda ni, kemungkinan besar tak ramai yang tau yang ianya pernah digunakan sebagai duit perantaraan suatu masa dulu di negara jiran kita.

Duit ni digelar "Thai Primitive Money", "Thai Silver Bullet Money" atau masyarakat tempatan menggelarnya "P'ot Duang". Bagi jenis ni, ianya digunakan pada tahun 1782-1868 dan purata ukuran duit ni adalah 19mm x 13mm x 13mm.

Selepas bentuk duit bertukar mengikut duit-duit kolonial, "Thai Silver Bullet Money" ini tidak lagi digunakan sebagai tukaran sebaliknya terus diburu kerana ramai yang percaya ianya ada "ong" dan masih lagi digunakan sebagai tangkal atau "charm" dengan menjadikannya sebagai buah rantai (pendant). "Ong" atau tak, saya tak tahu kerana saya simpan duit ni sebagai salah satu bahan rujukan tambahan dan saya masih lagi memburu beberapa jenis yang amat-amat saya minati. Apa yang saya ada, saya akan kongsi bersama nanti...so..TUNGGUUUUUU...!!

Isnin, 4 Januari 2010

JOHORE SULTANATE COINS - HEXAGONAL CASH (KATUN)


Duit Katun (Cash) saya ni adalah lanjutan dari koleksi Johore Sultanate Coins saya yang sebelum ni. Ianya banyak digunakan pada pertengahan kurun ke-16 hingga awal kurun ke-17. Duit siri ni cukup susah untuk dilihat dalam keadaan sempurna UNC atau EF kerana ianya diperbuat dari timah dan faktor masa dan cuaca negara kita membuatkannya amat senang terhakis dan rosak.

Pada bahagian hadapan tertera dalam perkataan Arab "Haza Al Masruf" (This is petty money atau duit kegunaan harian) dan pada bahagian belakang tertulis "Dar Al Johora" (kota Johor). Berat purata yang direkodkan adalah 26.4 grains atau 1.71 grammes, diameter antara 18-20mm dan komposisi adalah dari timah.

Ahad, 3 Januari 2010

KOLEKSI LOGAM KUNING 3



Koleksi saya logam kuning yang ke-3 ni berusia lebih dari 500 tahun. Saya akan cuba up-load gambar-gambar koleksi ni sebaik yang mungkin untuk kita kongsi cerita bersama. Saya tak berapa ingat bila tarikh sebenar saya mula menyimpan koleksi yang satu ni tapi apa yang pasti sudah lebih 5 tahun.

Logam kuning saya ni digunakan pada era kegemilangan kerajaan Melaka oleh pedagang-pedagang Islam Pasai-Samudera. Diedarkan pada zaman Sultan Abdullah Malik Az Zahir (1501-1513). Nilai matawang bagi logam kuning yang ni adalah 1/4 Mas atau Dinar. Bahagian hadapan tertulis perkataan "Abdullah Malik Az Zahir" dan pada bahagian belakang perkataan "Al-Sultan Al-Adil".

Adalah menjadi keutamaan saya untuk memburu koleksi Kesultanan Melayu Lama..dan saya akan teruskan buruan untuk tatapan generasi yang akan datang. Amat sedih rasanya jika anak-anak saya cuma dapat melihat dan membaca khazanah yang pernah digunakan di negara kita cuma di buku-buku sejarah, di muzium atau internet. Sekarang, biar pun cuma baru beberapa keping, mereka dapat pegang dan mendengar cerita penglipur lara dari ayah mereka secara live,
sesuatu yang amat bermakna bagi saya, seolah-olah satu kemenangan..huhu..dan sesungguhnya, mereka amat berbangga menjadi "junior collectors" bersama koleksi mini masing-masing !


Jumaat, 1 Januari 2010

RILEKS JAP...TENANGKAN FIKIRAN



Minggu lepas adalah minggu yang memenatkan bagi kami sekeluarga. Hampir kesemua dari kami demam termasuklah diri saya sendiri. Dalam tengah dok demam tu pulak kambing kami buat hal.. beranak kembar. Apa yang istimewanya kambing beranak kembar? Biasa la tu! Memanggg.. tapi ibu kambing yang seekor ni lahirkan anak untuk biarkan ia mati !

Kejam bukan? Tapi itulah sifat semulajadi haiwan..dia tau anak yang mana yang akan survive dan yang mana yang akan mati. Kembar yang pertama yang agak lincah lebih diutamakan dari yang kedua. Ibu kambing tu sangkakan yang anak dia yang kedua tu tak ada peluang untuk hidup hingga ia biarkan tanpa diberi susu..dibiarkan untuk mati. Kesian kami sekeluarga tengok keadaan tu.

Kesian punya pasal...apa lagi, kami pun mulakan operasi menyelamat. Tangkap ibu kambing dan paksa anak tu menyusu. Dah le satu hal nak menangkap ibu kambing tu, dah dapat tangkap, si anak lak tak mau menyusu. Sayang punya pasal, kami selongkar barang-barang lama cari botol susu anak yang tak pakai...ambik susu tepung anak...tak kira le sesuai ke tidak, terus susukan anak kambing malang tu (sorry, takde gambar tengah susukan..segan). Lepas 2-3 hari dok buat benda yang sama, lincah lak anak kambing tu...semakin sihat. Ibunya pulak terus terima balik anak dia yang seekor tu. Ahhhhh..lega, tak payah lagi jadi bapa angkat. Bertambah lagi pengalaman kami sejak dok jadi warga kampung sejati ni.

Itu le cerita kami...untuk merehatkan minda selepas penat dengan rutin masing-masing...hehe.