Isnin, 28 Disember 2009

KOLEKSI LOGAM KUNING 1



Kali ni saya nak cerita pasal koleksi logam kuning saya ni pulak. Banyak benda yang berlegar di kepala. Logam kuning saya ni digunakan masa era kegemilangan Melaka oleh kerajaan Melayu lama Aceh Darussalam. Pada bahagian hadapan tertulis perkataan "Paduka Seri Sultanah Taj al-Alam" iaitu pemerintah Aceh; Sultanah Taj Alam Safiat Ad Din Shah (1641-1675). Pada bahagian belakang pula tertulis "Safiat ad Din Shah Berdaulat". Nilai logam kuning ni adalah 1/4 Mas Dinar.

Saya dok terfikir la..logam kuning adalah antara benda yang dikenakan zakat, jadi bagaimana kedudukan koleksi saya ni...memang la tak berat, purata dalam 0.5 grammes je setiap satu tapi hukum tetap hukum. Baru je petang tadi saya tanya seorang imam ni, dia pun tak berani nak komen takut sebab ni ketegori lain, apa yang dia tau tetap kena...tapi apa pun mungkin esok atau paling lambat lusa saya akan ke Pusat Zakat untuk menyuarakan apa yang bermain dalam kepala saya ni sejak dulu. Kalau logam kuning saya ni kena zakat...tentu koleksi logam putih (silver coins) saya pun kena...risau bila saya fikirkan sebab dah terlalai dengan hobi.

Ada sesiapa berani bagi komen?

Ahad, 27 Disember 2009

Token Pembukaan Muzium Negara Malaysia Kuala Lumpur 1963



Token ni saya dapat 4-5 tahun yang lepas dan menurut keterangan yang tertulis pada token ni, ianya dikeluarkan untuk kenang-kenangan sempena pembukaan Musium Negara - "MUZIUM NEGARA BANGUNAN KHAZANAH NEGARA YANG MEMPAMERKAN BARANG2 SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA, DIBUKA PADA 31 OGOS 1963."

Diperbuat daripada pewter, amat menarik dengan ejaan lama cuma saya kurang informasi mengenai token ni...ye la..tak selari dengan usia saya. 1963 tu saya tak lahir lagi tu. Sembilan tahun selepas majlis tu baru saya melihat dunia. Saya nak tau, mungkin token ni ada "casing" atau untuk dijual pada orang ramai atau hanya cenderahati untuk tetamu...mungkin?. Jadinya, jika ada sapa-sapa nak kongsi informasi boleh le "share" kat artikel saya ni...ok!

Khamis, 24 Disember 2009

MALAYA BANKNOTE FOR SALE - TEN CENTS 1941 (b)



1st. July 1941, regular issue. Portrait of King George VI. Reverse blank. Size : 86mm x 50mm. Engraved and printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London.

Price : RM15

Postage (Shipping & packaging) : RM2 via registered mail (local) or USD3 (international)

MALAYA BANKNOTE FOR SALE - TEN CENTS 1941 (a)



1st. July 1941, regular issue. Portrait of King George VI. Reverse blank. Engraved and printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London.

Price : RM15

Postage (Shipping & packaging) : RM2 via registered mail (local) or USD3 (international)

Item is no longer available. SOLD

MALAYA BANKNOTE FOR SALE - FIVE CENTS 1941



1st. July 1941, Variety "b" & "d". Portrait of King George VI. Reverse blank. Engraved and printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London.

Price : RM18

Postage (Shipping & packaging) : RM2 via registered mail (local) or USD3 (international)

Item is no longer available. SOLD

MALAYA BANKNOTE FOR SALE - ONE CENT 1941 (b)



1st. July 1941, regular issue. Portrait of King George VI. Reverse blank. Size : 86mm x 50mm. Engraved and printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London.

Price : RM15

Postage (Shipping & packaging) : RM2 via registered mail (local) or USD3 (international)

Item is no longer available. SOLD

MALAYA BANKNOTE FOR SALE - ONE CENT 1941 (a)




1st. July 1941, regular issue. Portrait of King George VI. Reverse blank. Size : 86mm x 50mm. Engraved and printed by Thomas de La Rue & Co. Ltd., London.

Price : RM12

Postage (Shipping & packaging) : RM2 via registered mail (local) or USD3 (international)

Isnin, 21 Disember 2009

KELANTAN PITIS 1321H (1904)




Saya ada beberapa keping siri pitis Kelantan ni, separuh dapat dari Pasar Warisan Seremban dan separuh lagi dari luar negara.

Bahagian hadapan coin ni tertulis dalam bahasa Arab "Belanjaan Kerajaan Kelantan" dan bahagian belakang tertulis "Duriba fi Dzulhijja Sanat 1321" atau "dikeluarkan pada bulan Zulhijjah 1321H" (February/March 1904). Berat adalah antara 2.65 grammes - 5.20 grammes, diameter 20mm - 22mm dan diperbuat daripada timah.

Adalah direkodkan, terdapat 3 jenis varieti utama yang berlainan telah dikeluarkan bagi coin Pitis Kelantan 1321 dan digunakan pada era Sultan Muhammad IV (1900 - 1920). Pitis ni kalau masih belum digunakan adalah berbentuk pohon dan dipanggil "Pohon Pitis" dan cuma akan dipatah-patahkan bila hendak digunakan (urusan/jual beli) oleh pemiliknya. Pohon yang lengkap cukup susah nak dapat sekarang dan logo "Pohon Pitis" ni telah digunakan secara rasmi bagi logo Bank Negara Malaysia (BNM)

Sabtu, 19 Disember 2009

GENUINE MALACCA TIN INGOT




Ini artikel pertama saya untuk tahun baru 1431H setelah agak lama menyibukkan diri dengan kenduri-kendara dari kedua-dua belah pihak saya dan isteri saya. Kali ni saya nak bercerita pasal "ingot" yang diperbuat daripada timah yang saya perolehi daripada peraih harta karun haram di Selat Melaka.

"Ingot" saya ni dipercayai dibawa oleh pedagang-pedagang Aceh-Sumatra dan digunakan pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sebagai medium pertukaran kerana pada zaman tersebut banyak "ingot" telah digunakan mengikut kadar berat yang telah ditetapkan. Kedah, Perak dan Pahang adalah antara negeri-negeri yang banyak menggunakan "ingot" seperti "Tampang" dan pelbagai bentuk-bentuk yang lain seperti bentuk "ayam", "buaya" dan sebagainya bagi tujuan pertukaran.

Banyak buku yang menceritakan pasal "ingot" ni, cuma yang saya ada ni takde dalam katalog. Saya pernah terjumpa "ingot" yang sama dijual di luar negara beberapa tahun yang lalu dan sehingga kini masih lagi tercari-cari keterangan yang betul mengenainya. Untuk pengetahuan, "ingot" ni dijumpai bersama-sama dengan duit-duit Portugis dan artifek-artifek oleh nelayan Selat Melaka dan pada permukaan "ingot" ni terdapat banyak kesan-kesan hakisan air masin.

Selasa, 15 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH


Kepada pengikut dan pengunjung blog saya ni,

SALAM MAAL HIJRAH 1431

&

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431

Semoga kalian semua akan terus diberkati dan dirahmati...AMIN



and for the none-Muslims...Happy Holiday...may god bless all of you !



Fazil

Isnin, 14 Disember 2009

KEDAH TIN COCKERELS PERCHED ON RINGS



Kali ni pasal duit Kedah lak, masa era pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah (1710-1773), duit bentuk binatang dan diperbuat daripada timah. Mengikut rekod, bentuk ayam pada bahagian paling atas bernilai 5 sen (Spanish Dollar) dan setiap satu bahagian "bulatan" tambahan bernilai 1 sen. Bila nak guna, pemilik set duit ayam ni akan patah-patahkan mengikut keperluan.

Sehingga akhir tahun 1850an, duit ni masih digunakan dan masa tu, setiap satu bahagian bulatan bernilai 10 keping Singapore Merchants token (token ni saya akan cerita pada artikel yang akan datang).

Ada beberapa keluaran bagi duit ayam ni seperti set 5 keping "bulatan" dan set 3 keping "bulatan". Bagi set 5 keping, panjang keseluruhan adalah 88mm, "ayam" berukuran 32mm x 18mm, berat tak diketahui (tiada rekod). Bagi set 3 keping bulatan pula, keseluruhan set sepanjang 60mm, "ayam" berukuran 32mm x 18mm dan set adalah seberat 18.8 grammes

Khamis, 10 Disember 2009

PENIPUAN DALAM URUSAN JUAL BELI DI INTERNET

Kali ni saya nak kongsi pulak pasal penipuan dalam urusan jual beli di internet. Sebenarnya, adalah menjadi hobi saya sekeluarga untuk membeli dan menjual barang di internet kerana terlalu mudah dan menjimatkan kami dari segi harga dan masa. Kami secara peribadi telahpun berurusan lebih dari 1000 kali di internet sama ada dari dalam ataupun luar negara (kebanyakkannya dari luar) dan dari 1000 kali urusan tu, boleh dikatakan 100 % barang selamat sampai ke muka pintu rumah kami atau selamat sampai ke destinasi yang kami hantar.

Cuma, baru-baru ni ada pembeli dari UK (mengikut pengakuan pembeli tu) cuba nak menipu kami. Blog kami yang lagi satu : http://nurin-great-collections.blogspot.com/ adalah khas untuk tujuan jualan barang sahaja, tapi lebih kurang 2 minggu lepas ada penipuan cuba dilakukan oleh pembeli dan kami minat nak kongsi perkara ni, biar ramai yang tau...ramai penipu di luar sana !

Ada sorang pembeli ni, dia nak beli kasut baby yang kami iklankan dan dia menyamar sebagai sorang "Melayu" (Muhamad Mahyudin bin Abd Rahim) berasal dari Ipoh dan bekerja di UK, email pun siap register guna nama tu. Dia kata dia berminat nak beli kasut tu dan nak hadiahkan untuk anak dia yang bekerja di Nigeria tapi dia nak hadiahkan urgent, jadi dia perlu kami poskan guna DHL ke Nigeria :

Receiver,s Name:Okikioluwa Sunday
Address: No 20 Oba-Adesida Road
City: Ondo
State: Akure
Zip Code: 23434
Contry: Nigeria
phone : 08033851511

Mahal tu pos guna DHL...lebih RM300 untuk kasut yang kami jual cuma RM49.90 (http://nurin-great-collections.blogspot.com/2009/11/genuine-clarks-infant-shoes.html). Yang peliknya pulak, lepas mintak no account kami, dia kata dia dah pun buat pembayaran tapi duit tu masih "floating" sebab bank dia tahan untuk tujuan keselamatan sehinggalah kami berikan kepada pihak bank bukti pos (DHL) dan kami pun dapatlah email dari "bank" tersebut tapi ;

TIPU !

Tak wujud sistem yang macam dia buat ni ! Ini semua perancangan untuk dapat barang mudah secara percuma ! Dan dah ramai yang terkena...termasuklah kawan saya yang baru berjinak-jinak dengan urusniaga internet...barang dah pos...duit tak dapat !

Tak kiralah apa bank pun, ada penipu yang guna "Bank of America", "Spring Bank" dan macam-macam lagi bank lain...semua TIPU. Ingat le balik konsep business internet...dah dapat duit dalam tangan, baru barang boleh keluar..takde duit, takde barang ! So, pengguna yang lain...jangan terkena ok !

Isnin, 7 Disember 2009

FAKE KELANTAN SULTAN MUHAMMAD II 1840 PITIS


Coin saya yang ni adalah "counterfeit" atau tiruan. Saya beli guna mudah.my masa muda-muda dulu la, ilmu di dada tak berapa cukup...last sekali terkena gak. Tapi, boleh gak le buat rujukan.

Bahagian hadapan coin ni tertulis "Khalifatul Mu'minin" dalam bahasa Arab dan pada bahagian belakang "Karam? Duriba Sanat 1256 (1840)". Macam mana saya tau palsu...hehehe, dulu tak tau tapi bila dah ada buku dan member untuk rujukan, baru le perasan, buatan dia kasar sangat. Lubang empat segi pada bahagian tengah pun tak tentu arah buatan diorang, tak macam yang ori.. "Obvious" macam ni pun saya boleh tertipu. Kalau yang ori, berat purata coin ni adalah 6.73 grammes, diameter antara 28mm-30mm dan diperbuat daripada timah.....yang palsu pulak...campuran "lead" (apa "lead" ha dalam bahasa Malaysia?...Plumbum ke?..bahaya nih !)

Sabtu, 5 Disember 2009

PRIVATE PLANTATION TOKENS - 2





Ni lagi antara token-token ladang milik Belanda yang saya ada. Dulu masa saya jumpa, harga dia cukup murah..cuma RN5 sekeping tapi, la ni semua kebanyakkannya dah lebih dari RM100 dan agak jarang nak jumpa. Ni antara token-token saya tu :
  • Diskie Estate - 1/2 Dollar 1887
  • Diskie Estate - 1 Dollar 1887
  • Rotterdam Borneo - 1/2 Dollar 1889
  • Unternehmung - Tanjung Alam - Gutfur 1/2 Dollar 1871
Jangan lupa kongsi maklumat jika ada sesiapa yang lebih tau pasal token-token ni

PRIVATE PLANTATION TOKENS





Selamat berjumpa kembali. Penat lepas kursus ni, banyak perkara-perkara baru yang saya belajar dan sekarang bertambah bersemangat untuk lagi berjaya. Letih, tapi terpaksa gak masukkan beberapa artikel untuk kita bertukar-tukar ilmu. Kali ni saya nak cerita pasal token ladang-ladang persendirian milik Belanda di Sumatra dan Borneo. Semua ni saya dapat masa jalan-jalan cari barang di Pasar Warisan Seremban. Menarik semua token ni cuma saya tak cukup info untuk diceritakan. Sesiapa yang ada info tambahan boleh le kongsi bersama yek ! Ni antara token-token yang saya dapat masa tu :
  • Begerpang Estate - Serdang - 5 Cents 1875
  • Bindjei Estate - 1 Dollar
  • De Guigne Freres - Deli Sumatra - 3 Gantang Bras
  • Onderneming Rubber Van Bohoroq - 1 Dollar 1897
Bagi saya semua token-token ni cukup menarik dan sebagai contoh yang Deli Sumatra tu, token tu boleh ditukarkan dengan 3 gantang beras. Saya pernah terjumpa token 2 Gantang Bras tapi tak dapat nak beli sebab harga pulak tak berkenan di hati..jauh menyimpang dengan cara saya, 'memiliki benda berharga dengan nilai yang murah'..cuma hingga sekarang dah lebih 5 tahun, langsung tak jumpa-jumpa lagi !