Isnin, 4 Januari 2010

JOHORE SULTANATE COINS - HEXAGONAL CASH (KATUN)


Duit Katun (Cash) saya ni adalah lanjutan dari koleksi Johore Sultanate Coins saya yang sebelum ni. Ianya banyak digunakan pada pertengahan kurun ke-16 hingga awal kurun ke-17. Duit siri ni cukup susah untuk dilihat dalam keadaan sempurna UNC atau EF kerana ianya diperbuat dari timah dan faktor masa dan cuaca negara kita membuatkannya amat senang terhakis dan rosak.

Pada bahagian hadapan tertera dalam perkataan Arab "Haza Al Masruf" (This is petty money atau duit kegunaan harian) dan pada bahagian belakang tertulis "Dar Al Johora" (kota Johor). Berat purata yang direkodkan adalah 26.4 grains atau 1.71 grammes, diameter antara 18-20mm dan komposisi adalah dari timah.

3 ulasan:

  1. uiks.duit ke nih? ingatkan kek coklat tadi.hehe

    BalasPadam
  2. salam. Duit nih kalau la mahal nilainya hanya rm50 je kan? :)

    BalasPadam