Ahad, 12 Januari 2014

MEDAL BRITISH MALAYA ROYAL MARINE 1939

Kali ni saya just nak share pasal medal antik yang satu ni, medal untuk acara lumba lari berganti-ganti sejauh 440 ela. Acara ni di adakan untuk anggota British Malaya Royal Marine pada tahun 1939. Agak unik dan sukar untuk dimiliki kerana medal sebegini adalah amat terhad dan amat jarang berada di pasaran.
 
Saya dapat item ni dari Worcestershire UK..dari anak kepada anggota Royal Marine tersebut dan dia amat gembira sebab medal tu dapat pulang ke negara asal. Menarik..sekurang-kurang saya dapat mengetahui sejarah tambahan dan dapat berkongsi dengan pembaca yang lain.
 
 

Ahad, 5 Januari 2014

Mug Pewter Dari Tengku Ahmad Rithauddeen

Mug Pewter ni saya dapat masa surf barang kat US..hadiah official dari Tengku Ahmad Rithauddeen kepada seseorang..siapa? ..bila?.. di mana? Saya pun masih belum pasti dan memerlukan sedikit masa nak study untuk dapatkan info.

Mug buatan Selangor Pewter dan tertera "WITH COMPLIMENTS OF TENGKU AHMAD RITHAUDDEEN".  Masih dalam keadaan amat baik dan cantik. Kalau dah dapat info nanti saya akan update entry ni.