Rabu, 6 Januari 2010

DUIT PELIK DI TANAH MELAYU (MALAYA/MALAYSIA)


Banyak rupanya duit yang pelik-pelik yang pernah digunakan di negara kita dulu macam satu yang saya ada ni. Duit yang berbentuk ikan ni dipercayai digunakan pada kurun ke-18 di negeri Perak. Apa yang menariknya, dah le bentuk agak pelik, kegunaan pun tak kurang menarik untuk kita kongsi bersama.

Pada kurun ke-18 banyak kawasan bijih timah telah dibuka oleh orang-orang Cina dan Melayu tempatan. Duit-duit daripada timah ni direka mengikut bentuk-bentuk tertentu, kalau jenis binatang; antara yang telah direkodkan adalah bentuk gajah, kura-kura, buaya, ayam, belalang, ikan dan kambing. Kesemuanya mempunyai berat yang telah ditentukan untuk tujuan pertukaran tetapi banyak juga duit-duit ni dibuat mengikut "ritual" yang tertentu dengan memasukkan "jampi mentera" semasa pembuatannya.

Pawang-pawang Cina & Melayu zaman tu percaya dengan "ritual" ni, ianya akan membawa 'keamanan' atau 'kesenangan' kepada pembawa duit-duit ni. Sejauh mana keberkesanannya, saya tak pasti sebab saya pun tak lahir lagi zaman tu. Lagipun, di mana-mana negara pun memang ada golongan yang percaya dengan benda-benda pelik macam ni dan kadang-kalanya lebih dikenali sebagai tangkal atau "charm" berbanding dari duit. Anda lihat sendiri...dan sendiri nilaikan !

11 ulasan:

  1. haha, sy dah simpan lebih 5 tahun tp baru hari ni teringat nak kongsi sama ngan org lain. Bnyk lg duit2 sejenis mcm ni kat M'sia

    BalasPadam
  2. Tak nampak bentuk duit pun but thanks for the info.

    BalasPadam
  3. memang tak bentuk duit tp sbb zaman tu timah bernilai so, tak kira apa bentuk pun tetap laku

    BalasPadam
  4. duit nih bentuk macam ikan buntal..besar ke saiz dia?

    BalasPadam
  5. panjang dlm 23mm, lebar 12mm...tak tau le bentuk ikan apa...tp duit ni dapat daripada pekerja masa construction di bandar Melaka...sekali dengan duit portugis dan sultanate lama

    BalasPadam
  6. fazil,
    cantik animal coin ini. macam sea shell kot.
    maklumlah coin coin ini dibuat dengan timah and masa sekarang pun , disebabkan oleh demand pengumpul, banyak animal coin ini dibuat kat melaka. kalau boleh buat carbon dating untuk menentukan usia timah itu okay lah kalau tidak jangan beli lah!Aku dengar seorang pengumpul kaya (kena tengok sendiri kat kedai dia lah) dapt beli banyak coin ini and mendapati semua ini diperbuat kat melaka huh too late lah. sekarang dia nak jual semua ini kepada pengumpul lain walaupun dia maklum semau ini fake jugak. hmmm pandai dia!

    BalasPadam
  7. tp salah pembeli gak, yg malu nak bertanya & nak tambah ilmu. Banyak permintaan pada counterfeit items ni dan ada item yg tak wujud tp diminta oleh peminat tersendiri. Takkan ada item palsu kalau tak ada permintaan..ye tak? Saya pun terkena gak sesekali sbb gelojoh nak item rare..tak study sebelum beli !

    BalasPadam
  8. Minta nasihat samada ikan dari timah ini adalah duit lama atau perhiasan?


    http://adamalif-collectibleitems.blogspot.com/2012/11/duit-lama-berbentuk-ikan-need-help.html

    BalasPadam