Khamis, 25 Februari 2010

DUIT PERAK LAMA - PRIVATE MONETARY TOKEN (JOKOH)


Kali ni saya nak cerita lak pasal koleksi rare yang satu ni, token atau jokoh lama yang pernah digunakan oleh syarikat bijih timah di pekan Taiping, Perak sekitar tahun 1870an. Jokoh ini digunakan sebagai tukaran bagi pekerja lombong bagi kelompok atau kumpulan terbabit iaitu Syarikat Guan Kee.

Memang rare sebab saya adalah peminat token atau jokoh lama dan ini adalah kali pertama saya terjumpa jokoh jenis ni, kena lak keadaan boleh dikatakan teramat cantik (EF - aUNC), hampir tiada cacat akibat penggunaan harian, cuma kesan hakisan oxidation terhadap timah setelah dikeluarkan ratusan tahun dahulu.

Bahagian hadapan tertulis dalam perkataan Cina "Thai Ping Guan Kee" (Guan Kee, Taiping), bahagian belakang kosong tanpa sebarang tanda, seberat 6.4 grammes, diameter 29mm dengan lubang di tengah berbentuk empat segi dan diperbuat daripada timah. Saya amat berpuas hati dengan hasil buruan kali ni dan akan terus memburu token atau jokoh yang lebih rare di masa yang akan datang untuk kita terus kongsi maklumat bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan