Rabu, 11 November 2009

STRAITS SETTLEMENTS 1935 $1 BANKNOTE



Ini koleksi saya yang kedua untuk banknote Straits Settlements $1 1935 ni..baru dapat semalam selepas 4 tahun mencari. Koleksi yang pertama memang agak buruk, yelah sesuai dengan cara saya, suka mencari coins/banknotes dengan harga murah dan mengikut kemampuan sendiri, tu yang sampai 4 tahun baru dapat yang ok sikit. Bagi saya satu kemenangan jika berjaya memiliki koleksi yang agak cantik dan berkualiti tinggi tapi murah. Jadi yang baru sampai ni adalah "upgrading" bagi yang kurang cantik dulu tu...maknanya yang tu bakal dilepaskan...huhu.

Note 1935 ni potret gambar King George V (King of England 1910-1936), dicetak diatas kertas yang mempunyai "watermark" gambar kepala harimau, "engraved" dan dicetak oleh Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd., England dan berukuran 125mm x 64mm.

2 ulasan:

  1. Nota yang cantik sekali.Tahniah.

    Saya berkesempatan lihat complete set of five(1931-1935)unwashed, koleksi seorang kawan untuk jualan.Kondisi nota cukup baik.Nak dibeli, harga terlalu tinggi...

    BalasPadam
  2. Kalau banyak duit semua nak beli..tapi kadang-kadang harga lak tak berapa berkenan dihati. Tu yang geram je tu. Dapat tengok pun dah puas sikit..ye tak?

    BalasPadam