Ahad, 15 November 2009

MALACCA PORTUGUESE COINS



Coins Portugis Melaka ni agak menarik dan agak senang dapat bagi mereka yang rajin mencari. Dulu saya selalu jumpa sorang supplier ni...dia jadi peraih barang-barang lama termasuk coins dari pencari harta-harta karun Selat Melaka. Banyak gak yang saya tengok dan beli dan separuh dah jual tapi apa yang menarik ialah coin emas dan perak yang agak "rare". Naik jer coin emas tu dari sampan kat muara..terus ada peraih beli 10k...itu harga peraih!. Berapa le agaknya harga kita?

Biasanya coins Portugis Melaka pada era King Dom Manuel I (1495-1521) dinilai dari matawang di Goa dan dikategorikan sebagai :

  • Catolico (emas) = 1,000 Reais Goa
  • Half Catalio (emas) = 500 Reais Goa
  • Malaquez (perak) = 720 Reais Goa
  • Bastardo (timah) = 60 Reais Goa
  • Soldo (timah) = 6 Reais Goa
  • Dinheiro (timah) = 3/5 Real Goa
  • Caixa (Casha) = 3/10 Real Goa
Tambahan bagi coin timah Bazarucco (timah berdiameter lebih kecil) dikeluarkan pada era King Dom Joao III (1521-1557) manakala coin Tanga (perak) pula pada era King Dom Felipe II (1598-1621).

Coin pertama yang saya upload ni adalah Dinheiro dari era King Dom Joao III (1521-1557). Bahagian hadapan terdapat perkataan "IOA: III: POR: ET: AL" atau IOA (nnes), III POR (tugulia), ET AL (garbiorum) dalam bahasa Purtugis yang bermaksud "Joao III King of Purtugal and the Algarve) dan di sebelah belakang lambang ketenteraan Purtugis.

4 ulasan:

  1. Agak-agak berape rege pasaran coin yang dipaparkan? Pernah ditunjukkan coin ni dulu tapi tak tahu pulak bernilai.

    BalasPadam
  2. tak tentu..kalau market luar Msia antara USD10 - USD49..ikut kualiti..kalau Malaysia pulak biasanya dlm RM15-30 sekeping. Ada yg lg murah tp dah tak boleh baca permukaan duit tu

    BalasPadam
  3. salam ,
    saye berminat nk dptkan duit ni
    di mana ya boleh saya dapatkan ?
    kalau rm30 boleh la kot mampu la sbab saye ni student lagi . heh heh

    BalasPadam
  4. nanti saya contact supplier tu..saya pun dah lama tak shopping dgn dia. Kalau dari dia RM30 tu dah boleh dapat yang cantik2, tp nak kena tgk luck gak sbb dia supply bnyk tempat..selalu habis

    BalasPadam