Sabtu, 19 Disember 2009

GENUINE MALACCA TIN INGOT




Ini artikel pertama saya untuk tahun baru 1431H setelah agak lama menyibukkan diri dengan kenduri-kendara dari kedua-dua belah pihak saya dan isteri saya. Kali ni saya nak bercerita pasal "ingot" yang diperbuat daripada timah yang saya perolehi daripada peraih harta karun haram di Selat Melaka.

"Ingot" saya ni dipercayai dibawa oleh pedagang-pedagang Aceh-Sumatra dan digunakan pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sebagai medium pertukaran kerana pada zaman tersebut banyak "ingot" telah digunakan mengikut kadar berat yang telah ditetapkan. Kedah, Perak dan Pahang adalah antara negeri-negeri yang banyak menggunakan "ingot" seperti "Tampang" dan pelbagai bentuk-bentuk yang lain seperti bentuk "ayam", "buaya" dan sebagainya bagi tujuan pertukaran.

Banyak buku yang menceritakan pasal "ingot" ni, cuma yang saya ada ni takde dalam katalog. Saya pernah terjumpa "ingot" yang sama dijual di luar negara beberapa tahun yang lalu dan sehingga kini masih lagi tercari-cari keterangan yang betul mengenainya. Untuk pengetahuan, "ingot" ni dijumpai bersama-sama dengan duit-duit Portugis dan artifek-artifek oleh nelayan Selat Melaka dan pada permukaan "ingot" ni terdapat banyak kesan-kesan hakisan air masin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan