Rabu, 28 Oktober 2009

MALAYA & BRITISH BORNEO 1959 $1 BANKNOTES




Terdapat 2 gambar yang telah saya upload, satu yang PALSU dan lagi satu yang ASLI. Mungkin jika sekali imbas tak nampak banyak perbezaan tapi gambar yang bahagian atas (A/88 066327) adalah yang palsu. Ada yang kata no siri yang palsu bermula dari 88..senang je nak cam tapi banyak lagi ciri-ciri palsu yang lain dan yang paling susah untuk ditiru adalah "watermark". Memang ada perkataan "reproduction" halus je kat bahagian belakang tapi perkataan ni boleh dipadamkan jika ada yang pandai. Duit ni berukuran 120mm x 63mm, ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik dan terdapat 2 variasi cetakan :
  1. Waterlows & Sons
  2. Thomas de La Rue
Kuantiti cetakan dari Waterlows & Sons adalah kecil jika dibandingkan dengan Thomas de La Rue, so harga pun berganda-ganda le lagi mahal. Kualiti koleksi ni adalah UNC. So, kenkawan..hati-hati dengan yang palsu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan