Kali ni saya nak kongsi pulak pasal penipuan dalam urusan jual beli di internet. Sebenarnya, adalah menjadi hobi saya sekeluarga untuk membeli dan menjual barang di internet kerana terlalu mudah dan menjimatkan kami dari segi harga dan masa. Kami secara peribadi telahpun berurusan lebih dari 1000 kali di internet sama ada dari dalam ataupun luar negara (kebanyakkannya dari luar) dan dari 1000 kali urusan tu, boleh dikatakan 100 % barang selamat sampai ke muka pintu rumah kami atau selamat sampai ke destinasi yang kami hantar.
Cuma, baru-baru ni ada pembeli dari UK (mengikut pengakuan pembeli tu) cuba nak menipu kami. Blog kami yang lagi satu :
http://nurin-great-collections.blogspot.com/ adalah khas untuk tujuan jualan barang sahaja, tapi lebih kurang 2 minggu lepas ada penipuan cuba dilakukan oleh pembeli dan kami minat nak kongsi perkara ni, biar ramai yang tau...ramai penipu di luar sana !
Ada sorang pembeli ni, dia nak beli kasut baby yang kami iklankan dan dia menyamar sebagai sorang "Melayu" (Muhamad Mahyudin bin Abd Rahim) berasal dari Ipoh dan bekerja di UK, email pun siap register guna nama tu. Dia kata dia berminat nak beli kasut tu dan nak hadiahkan untuk anak dia yang bekerja di Nigeria tapi dia nak hadiahkan urgent, jadi dia perlu kami poskan guna DHL ke Nigeria :
Receiver,s Name:Okikioluwa Sunday
Address: No 20 Oba-Adesida Road
City: Ondo
State: Akure
Zip Code: 23434
Contry: Nigeria
phone : 08033851511
Mahal tu pos guna DHL...lebih RM300 untuk kasut yang kami jual cuma RM49.90 (
http://nurin-great-collections.blogspot.com/2009/11/genuine-clarks-infant-shoes.html). Yang peliknya pulak, lepas mintak no account kami, dia kata dia dah pun buat pembayaran tapi duit tu masih "
floating" sebab bank dia tahan untuk tujuan keselamatan sehinggalah kami berikan kepada pihak bank bukti pos (DHL) dan kami pun dapatlah email dari "bank" tersebut tapi ;
TIPU !
Tak wujud sistem yang macam dia buat ni ! Ini semua perancangan untuk dapat barang mudah secara percuma ! Dan dah ramai yang terkena...termasuklah kawan saya yang baru berjinak-jinak dengan urusniaga internet...barang dah pos...duit tak dapat !
Tak kiralah apa bank pun, ada penipu yang guna "Bank of America", "Spring Bank" dan macam-macam lagi bank lain...semua TIPU. Ingat le balik konsep business internet...dah dapat duit dalam tangan, baru barang boleh keluar..takde duit, takde barang ! So, pengguna yang lain...jangan terkena ok !