Kali ni saya just nak share pasal medal antik yang satu ni, medal untuk acara lumba lari berganti-ganti sejauh 440 ela. Acara ni di adakan untuk anggota British Malaya Royal Marine pada tahun 1939. Agak unik dan sukar untuk dimiliki kerana medal sebegini adalah amat terhad dan amat jarang berada di pasaran.
Saya dapat item ni dari Worcestershire UK..dari anak kepada anggota Royal Marine tersebut dan dia amat gembira sebab medal tu dapat pulang ke negara asal. Menarik..sekurang-kurang saya dapat mengetahui sejarah tambahan dan dapat berkongsi dengan pembaca yang lain.