Sabtu, 5 Jun 2010

Untung rugi menjadi collector Numismatic items


Baru-baru ni saya terpaksa jual beberapa items kesayangan untuk top-up modal perniagaan. Sedih gak bila beberapa keping coins Penang, Sarawak & Straits Settlements terpaksa berpindah tangan semata-mata nak beli lagi beberapa biji mesin tambahan.

Mula-mula rasa sedih sebab terpaksa jual tapi bila dikenangkan peluang cuma datang sekali, rasa rugi pula kalau saya tak sambar. Ye la, peniaga lain tutup kilang sebab masalah kesihatan, jadi terpaksa jual seluruh perniagaan yang mana peralatan sahaja dah berharga 30 ribu tidak termasuk resepi, training & spare parts untuk mesin-mesin tu.

Saya dalam proses untuk borong semua tu....tu yang terpaksa berpisah dengan antara koleksi kesayangan, huhuhu sedih. Jika tiada aral, minggu depan semua tu akan menjadi milik saya. Harap-harap takde masalah besar selain dari kejatuhan moral yang agak teruk di mana agak ramai kenalan yang menggagalkan saya sebelum saya cuba untuk membesarkan perniagaan; baru nak cuba dah ramai yang kata idea saya tu terlampau berisiko..tapi takpe, sekurang-kurangnya saya mencuba..jadinya, 50% kejayaan telah pun milik saya, yang selebihnya ...tunggu dan lihat le nanti!

Oklah ye...happy hunting semua, ada kelapangan nanti saya akan update blog ni lagi.

9 ulasan:

  1. semoga berjaya dlm perniagaan..dah untong nnt boleh beli balik kan..

    BalasPadam
  2. insyaAllah...kejayaan dah mula nampak depan mata. Business semakin maju dan contact pun semakin ramai, cuma masih jauh kalau dibandingkan dgn gaji terakhir yg pernah saya dpt..cuma kepuasannya jauh lebih tinggi brbanding dgn kerja dgn org lain...thanks azri!

    BalasPadam
  3. sifu fazil,memang pengorbanan besar koleksi tersayang telah berpindah tangan...tapi bukan pengorbanan kosong.Insya-Allah,akan kembali jua ke tangan sifu fazil.

    BalasPadam
  4. harap2 gitu le blur....td pun masa jumpa semua rakan niaga support... depa kata peluang bukan selalu datang. Pergi tgk, nilaikan dan sambar jika semua ok. Apa pun thanks sbb support sama!

    BalasPadam
  5. support sifu...
    usaha dan doa sifu.
    teruskan dgn apa yg dirancang.

    BalasPadam
  6. Thanks Sabri, kelmarin mesin2 dah pun jd milik sy dan owner akn turun K Pilah dr Penang utk sesi training pulak.

    BalasPadam
  7. makin dasyat hang la nie fazil..mesin dalam satu kilang hang borong..moga kejayaan akan jadi milik hang...aku pun tumpang gembira..

    BalasPadam
  8. AMINNN...thanks nazri. Aku baru je habis training, seller tu turun mai dr Penang ke Kuala Pilah buat wiring, training & practical guna mesin2 yg depa juai. Kami beli sekali dgn resepi2 depa.

    BalasPadam
  9. salam smua..nk tnya ckit sy ada 131 keping wang ketas lma pelbagai negara dan 232 keping syiling termasuk 3 syiling emas dan 7 perak..cadang nk jual..kt jual mna ek utk dapatkan harga tinggi?

    BalasPadam