Isnin, 18 Januari 2010

Bila burung meminta belas....



Terkeluar dari tujuan utama blog ni diadakan, kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman sedih untuk kita kongsi bersama, kurang-kurang boleh dijadikan teladan.

Tadi lepas balik dari bandar..urusan bank, sampai je rumah kami ternampak seekor burung dalam kesakitan di atas bumbung rumah. Terus saya ambik tangga untuk melihat apa yang berlaku. Saya nampak kaki burung tersebut cedera teruk..patah. Saya cuba tangkap tetapi ia terus terbang melarikan diri.

Saya ingatkan cuma setakat tu je perihal burung tu. Masa kami dok main badminton sebagai riadah harian kami, burung tadi tu sekali lagi datang menghampiri kami..seakan-akan minta dikasihani. Perlahan-lahan, terhendap-hendap saya cuba tangkap dan dalam keadaan hampir meniarap saya berjaya menangkapnya.

Setelah saya amati, kaki burung tu cedera teruk, dah lama patah teruk, berbau dan berulat. Saya dan isteri berhati-hati membuang ulat-ulat pada luka kaki burung tu satu-persatu. Saya semburkan ubat luka dan antibiotic, lepas tu kami balut kemas bahagian yang patah.. siap pesan lagi kat burung tu supaya bertahan sebab hari dah hampir malam, kami tak punyai makanan yang sesuai untuk diberikan...tunggulah sehingga siang esok, pasti kami belikan makanan yang sesuai.

Sebelum mandi dan solat maghrib, sempat saya titiskan air untuk burung tu...kesian sungguh, ia minum dengan gelojoh seakan-akan amat dahaga, banyak gak ia minum. Kami ingatkan ia akan dapat bertahan tapi, huhuhu ..sedih, beberapa minit lepas tu ia mengulupur beberapa kali dan terus kaku..MATI. Sedih gak, ia terbang dari jauh, datang mintak dikasihani, lepas dibersihkan, diubat, dibalut luka dan diberi minum...kaku di depan mata, terkedu isteri dan anak-anak menyaksikannya...tapi takpelah, dah ajal nak buat macam mana ye tak...kita ni pulak tak tau lagi bila dan macam mana, cuma bersiap sedia je lah dengan apa yang bakal mendatang. Sesungguhnya cerita seekor burung tadi tu membuatkan kami lebih rapat dan menghargai setiap detik yang ada..MASYA-ALLAH!

5 ulasan:

  1. da ajal dia..tp die sgt bnaseb baek sbb jmpe a very helpful family like u guys.. =)

    BalasPadam
  2. we just being humble..thanks for visiting SuRayA^i.

    BalasPadam
  3. nak buat macam mana fazil..dah ajal burung tu pada waktu tu.tapi seblum ajal dia,sempat gak hang buat sesuatu yg baik kat dia kan..yelah,kita pun tak tau bila ajal kita dan mcm mana pengakhiran hayat kita kan..renung..renungkan lah..

    BalasPadam
  4. Kesian burung tu.

    Apa-apa pun burung tu mati setelah dapat belas ihsan dan kasih sayang daripada seorang insan yang baik hati seperti sdr Fazil sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Sdr Muzill, kami sbnrnya kami amat menghargai setiap detik masa yg ada. kami baru kehilangan adik tersayang. Dia sihat, awal 30an dan hari-hari ke gym jaga kesihatan..nak jd cerita, masa dia bgn tidur pkl 5.30 pg utk hntr adik lg seorang pergi kerja, terus terjerit kesakitan, terus jatuh dan kaku, meninggal waktu tu gak.

    Mcm-mcm kami buat termasuk CPR tp tetap kaku. Bila paramedic smpai mereka kata dah takde nyawa. Amat sukar untuk kami sekeluarga menerima situasi sebegitu tp kami reda...itu peringatan untuk kami, ajal maut tak kira masa, siapa, keadaan dan umur. Hargailah dan gunakanlah setiap detik yg ada utk persediaan akan datang !

    BalasPadam