Sabtu, 5 Disember 2009

PRIVATE PLANTATION TOKENS





Selamat berjumpa kembali. Penat lepas kursus ni, banyak perkara-perkara baru yang saya belajar dan sekarang bertambah bersemangat untuk lagi berjaya. Letih, tapi terpaksa gak masukkan beberapa artikel untuk kita bertukar-tukar ilmu. Kali ni saya nak cerita pasal token ladang-ladang persendirian milik Belanda di Sumatra dan Borneo. Semua ni saya dapat masa jalan-jalan cari barang di Pasar Warisan Seremban. Menarik semua token ni cuma saya tak cukup info untuk diceritakan. Sesiapa yang ada info tambahan boleh le kongsi bersama yek ! Ni antara token-token yang saya dapat masa tu :
  • Begerpang Estate - Serdang - 5 Cents 1875
  • Bindjei Estate - 1 Dollar
  • De Guigne Freres - Deli Sumatra - 3 Gantang Bras
  • Onderneming Rubber Van Bohoroq - 1 Dollar 1897
Bagi saya semua token-token ni cukup menarik dan sebagai contoh yang Deli Sumatra tu, token tu boleh ditukarkan dengan 3 gantang beras. Saya pernah terjumpa token 2 Gantang Bras tapi tak dapat nak beli sebab harga pulak tak berkenan di hati..jauh menyimpang dengan cara saya, 'memiliki benda berharga dengan nilai yang murah'..cuma hingga sekarang dah lebih 5 tahun, langsung tak jumpa-jumpa lagi !

5 ulasan:

  1. bila tgk hang tunjuk plantion token nie...baru la teringat yg aku ader beli gak beberapa keping...tapi tak pasti letak kat mana,ke cari smeula ni..nanti hilang dalam simpanan lak..hehehehe

    BalasPadam
  2. jgn le risau sgt..token ni tak hanyut kalau kena banjir...ingat je balik hang letak kat mana..dan kalau sungguh dah taknak, jual je kat aku..hehe

    BalasPadam
  3. hahahaha..aku dah pun jumpa semalam..dah dekat kul 2 pagi aku dok korek kat mana aku letak..ianya sama nya hang punya la fazil..tak yg hang punya lagi cantik...

    BalasPadam
  4. apa lagi..masuk le blog hang, boleh kita kongsi

    BalasPadam
  5. kalau ada lebih, nak letgo gitau sy naaa..

    BalasPadam