Isnin, 28 Disember 2009

KOLEKSI LOGAM KUNING 1



Kali ni saya nak cerita pasal koleksi logam kuning saya ni pulak. Banyak benda yang berlegar di kepala. Logam kuning saya ni digunakan masa era kegemilangan Melaka oleh kerajaan Melayu lama Aceh Darussalam. Pada bahagian hadapan tertulis perkataan "Paduka Seri Sultanah Taj al-Alam" iaitu pemerintah Aceh; Sultanah Taj Alam Safiat Ad Din Shah (1641-1675). Pada bahagian belakang pula tertulis "Safiat ad Din Shah Berdaulat". Nilai logam kuning ni adalah 1/4 Mas Dinar.

Saya dok terfikir la..logam kuning adalah antara benda yang dikenakan zakat, jadi bagaimana kedudukan koleksi saya ni...memang la tak berat, purata dalam 0.5 grammes je setiap satu tapi hukum tetap hukum. Baru je petang tadi saya tanya seorang imam ni, dia pun tak berani nak komen takut sebab ni ketegori lain, apa yang dia tau tetap kena...tapi apa pun mungkin esok atau paling lambat lusa saya akan ke Pusat Zakat untuk menyuarakan apa yang bermain dalam kepala saya ni sejak dulu. Kalau logam kuning saya ni kena zakat...tentu koleksi logam putih (silver coins) saya pun kena...risau bila saya fikirkan sebab dah terlalai dengan hobi.

Ada sesiapa berani bagi komen?

15 ulasan:

  1. tengok nilai semasa la kot.
    kalau benda tu mahal, baru la kena zakat.
    kalau xsilap saya la.

    BalasPadam
  2. saya rasa pun begitu,,nilai semasa emas dan bukannya nilai coin...sbb nilai coin tu subjective sikit..apa pun terima kasih Arif Shah sbb bg komen.

    BalasPadam
  3. senang jer fazil..hang jual second hand kat aku,,so hang tak yah dok fikir ttg zakat lagi,...hehehehehe

    BalasPadam
  4. HAMPEH BETUL....tapi kalau hang nak tukaq collection boleh gak dipertimbangkan

    BalasPadam
  5. kalau nak tukar collection..aku mana la ader yg setanding ngan logam kuning...huhuhuhu

    BalasPadam
  6. adaaaaaa....ada yg berkenan di hati ! hehehe

    BalasPadam
  7. zakat emas dan perak wajib di bayar bila cukup nisbah dan haul setahun.
    zakat emas ada 2 kategori iaitu emas yang digunakan dan emas tidak digunakan.
    bagi coins emas ni dikategorikan sebagai emas yang tidak digunakan.
    nisbah yang ditetapkan berbeza mengikut negeri.
    sebagai contoh bagi negeri selangor nisbah yang ditetapkan adalah 85gram.
    zakat yang dikenakan pula adalah 2.5% daripada nilai emas yang dikenakan zakat itu.
    nilai emas adalah berdasarkan harga emas semasa dan bukannya harga value coins tersebut.

    http://nazzgold.blogspot.com/2009/09/kewajipan-membayar-zakat-emas-dan-perak.html

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..terima kasih Nazz, inilah info yg sy tunggu2...cuma sy akan dptkn berapa nisbah di NS pula. Ada tambahan info tentang zakat perak?

    BalasPadam
  9. bnyk coins perak yg sy kumpul & sy tak dpt pastikan bila tarikh yg tepat koleksi sy tu cukup haul. Apa yang pasti semuanya melebihi 85 gram...apa pun terima kasih bnyk2 sbb membantu...sy tak sanggup hobi yg sy minat ni jd bahan bakar nanti...naudzubillah

    BalasPadam
  10. sifu fazil,jadi kalau logam emas ni dah dibayar zakat...tahun depan kena bayar lagi ker?aku pun lepas ni kena periksa pula coin2 silver...hukum tetap hukum.bisa betul ayat,hehehe

    BalasPadam
  11. ohhh..sy dah baca link "kewajipan-membayar-zakat" tu..Dua ratus dirham perak bersamaan 595 gram perak dan akan kena 2.5% dari harga semasa perak. Lps ni nak kena digital scale la, nak measure dgn tepat berat silver coins semua tu. Thanks Nazz

    BalasPadam
  12. kalau cukup haul...tiap2 tahun le kena bayar. Kalau kita dah mampu menyimpan sebagai koleksi..maknanya kita ada lebihan "kemampuan", kena le beri balik kepada yg empunya bahagian, ingat kenkawan..."BAHAN BAKAR NANTI SEMUA TU !"

    BalasPadam
  13. nasib baik la,buat masa nie..takde lagi logam kuning atau perak dalam simpanan..yg ader cuma besi buruk jer...so tak kena bayar zakat la..cuma kena bayar zakat wang simpanan ngan zakat gaji jer...kalau bayar pun,bukannya banyak sangat..sikit jer..lagi skit dari beli bank notes yg rare..semua org mampu bayar..cuma maybe belum terbuka hati kot..entahlah...

    BalasPadam
  14. jadi maksudnya...contoh kereta,tiap2 tahun lah kena bayar road tax?

    BalasPadam
  15. mcm kereta la...selagi kita ada, selagi tu kena road tax..tiap-tiap tahun, cuma kalau tak bayar road tax tu denda cuma saman, zakat ni...hehehe, kena bakar

    BalasPadam