Jumaat, 27 November 2009

STRAITS SETTLEMENTS 1919 TEN CENTS BANKNOTES

Sebenarnya saya terlepas pandang yang banknote ni ada siri yang ditandatangani oleh "Acting Treasurer" sehinggalah diberitahu oleh si Nazri, blogger kita yang sorang tu ! Dan, setelah puas menunggu "separuh" dari banknote yang dia janjikan tu, maka saya pun memulakan pemburuan peribadi siri ni..nak tunggu janji si Nazri, ntah bila tahun le nak dapat. Tapi, dah nak jadi cerita, minggu lepas terjumpalah pulak note "Ag. Treasurer" ni, maka dengan semangat berkobar-kobar pun saya terus sambar..harga pun mampu milik bagi saya, sesuai dengan prinsip pemburuan saya 'cuba untuk memiliki sesuatu yang berharga tapi murah'.

Disebabkan "Treasurer" yang asal ntah pi mana, maka "Acting Treasurer" pun terpaksa ganti dia ni dan disebabkan signature si "Acting Treasurer" ni aje la, maka banknote siri ni agak mahal di pasaran...apa la dia ni, menyusahkan collector je nak cari...nasib baik saya terjumpa..hehe.

Banknotes ni dikeluarkan 14th. Oktober 1919, berukuran 109mm x 63mm, direka dan dicetak oleh Thomas De la Rua & Co. Ltd., London

2 ulasan:

  1. hang dah juga akhirnya notes acting treasure nie..dasyat betui la...mesti harga murah kan..yg separuh tu..tak perlu la aku hantar kat hang yer..hehehehehe

    BalasPadam
  2. dah rezeki aku terjumpa...lg pun aku tgk hang cuma "ajak-ajak ayam" je nak bg aku lg sebelah tu..terpaksa le aku berusaha keras memburu..hehehe

    BalasPadam