Khamis, 19 November 2009

SPANISH SILVER 8 REALES



Coin ni mula digunakan di negeri-negeri Tanah Melayu dan Borneo semenjak kedatangan pedagang-pedagang dari Sepanyol, Belanda, Portugis dan British di India Timur mulai kurun ke 16. Pada bahagian depan terdapat potret gambar King Carolus IV (1788-1808) dan bahagian belakang pulak terdapat gambar Roman (Herculles) Pillars. Orang tempatan dulu-dulu gelar coin ni "Ringgit Patong" tapi pada tempat di mana ianya digunakan dengan agak meluas iaitu kat Kedah, Perlis, Kelantan dan Patani, ia digelar sebagai "Rial". Standard berat untuk coin ni adalah 416 grains atau 26.950 grammes, silver 902.7 fine dan diameter 39mm. Coin ni langsung dah takleh digunakan kat negara kita bila keluar arahan secara rasmi oleh pemerintahan Straits Settlements dibawah arahan "Her Majesty the Queen in Council" pada 21 Oktober 1890.

Spanish Silver 8 Reales ni saya dapat masa dok luangkan masa kat Pasar Karat Seremban. Tengah dok santai jalan-jalan, kawan saya, si Amir "saudagar barang-barang purba" dok panggil... "meh sini Fazil..den tau kau mesti minat harta karun yang ni..dah lobih 100 tahun ni!" Maka tawar-menawar pun berlangsunglah. Dia tanya ni coin apa? Saya pulak terpaksa berlakon buat-buat tak berapa kenal. Saya kata ni coin Sepanyol (memang betul pun). Dia tanya lagi.."berapa harga market?" Senang je saya jawab.."tak tau!" Dia nak tolak RM30 tapi lepas pujuk-memujuk jadi la RM20.

Yang bestnya, kat belakang saya si Cikgu Mizan..collector yang items dia setinggi silling tu! Dia tengah tunggu saya tolak sebab dia pun sebenarnya tau, harga pasaran coin ni lebih dari RM200! Kalau si Amir nak jual RM100 pun dia akan beli. Tapi kan, kalau dah rezeki nak buat macam mana...dapat le kat saya. Cikgu Mizan lak..terpaksa saya belanja sarapan pagi kat restoren mamak kat belakang pasar warisan tu......satu lagi hari bertuah saya lalui!

*Cikgu Mizan...lopeh abih jago bebudak amik SPM ni kito pi makan yo!

4 ulasan:

  1. syiling ni kat mana aku simpan pun dah lupa.kat kampung kot,hehe

    BalasPadam
  2. nak kena cari balik tu...jgn terhilang udah, terlepas satu lagi khazanah berharga

    BalasPadam
  3. coin cantik dengan banyak chopmark walaupun hanya GOOD grade sahaja.

    BalasPadam
  4. chopmark tu yang kadang-kadang boleh upgrade dia punya market value tu dan ada pertikaian sikit sebelum ni, ada professional yg kata bila ada chopmark harga jatuh tp kat dlm internet yg mcm ni yg harga tinggi dan bnyk permintaan sbb collector tau item tu genuine, tapi apa pun saya suka coin ni

    BalasPadam