Khamis, 12 November 2009

MALACCA SULTANATE COIN - SULTAN MUZAFFAR SHAH



Inilah sebenarnya secara rasmi, coin pertama yang digunakan di negara kita. Coin ni memudahkan/menggantikan sistem pertukaran barang "barter trade" yang mana ianya diperbuat daripada timah. Sebelum coin ini diperkenalkan, Melaka banyak menggunakan timah, perak dan emas dalam bentuk blok atau kepingan ("ingots") untuk tujuan perdagangan. Dinar Emas dan Pitis daripada Kerajaan Pasai & Aceh dari Sumatra juga digunakan dengan agak meluas di sini (Dinar Emas ni akan saya ceritakan pada artikel yang akan datang).

Dulu saya rajin ke Melaka kerana di sana terdapat beberapa tempat jualan duit kesultanan ni. Ramai gak yang saya jumpa tapi apa yang menarik nak cerita ialah pasal pencari harta karun kecil-kecilan di sana. Ramai gak golongan ni, ada yang cuma nelayan dan ada gak dari golongan scuba divers. Ada yang buat business, ada yang simpan sendiri, malah saya dah pernah tengok artifek yang berharga jutaan ringgit hasil dari carian mereka ni. Cuma, golongan ni agak susah nak rapat sebab biasanya mereka ni jual ke "peraih"...mereka lebih percayakan peraih dari orang-orang baru seperti saya.

Pernah saya cuba buat kawan dengan divers ni tapi tak kena layan...agak sombong dia kata "I work alone!"...hampeh betul !

Apa pun buat permulaan, saya ceritalah pasal coin ni secara detail yek. Bahagian depan terdapat perkataan Arab "Muzaffar Shah al Sultan" dan bahagian belakang "Nasir al Dunia Wa'l Din" atau bermaksud "pembantu dunia dan agama (Islam)". Coin ni dikeluarkan untuk pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (Raja Kassim) pada tahun 1446-1456/9?, seberat 1.65-2.28 grammes, diameter 19.5mm-2.28mm dan diperbuat daripada timah.

Tak perlu risau tentang kualiti sangat kalau nak simpan coin ni sebab yang ada di museum pun sama macam ni gak, sebab timah senang rosak tambahan dah berusia beratus tahun!

8 ulasan:

  1. memang hampeh betul kat orang2 yang "work alone",kedekut!hehehe

    BalasPadam
  2. aku punya kenkawan collectors ada perbagai bangsa dan umur..paling tua hampir 80..semua baik-baik..tp yg sorang ni..sombong melampau

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. kalo jual berapa pricenya? tanya sahaja dulu, salam numismatic dari indonesia

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh minta no contact ato whashapp

      Padam
    2. boleh add no hp sy 087822592606 sekaligus wa, sy tertarik dengan pitis melaka dan kelantan.

      Padam
    3. boleh add no hp sy 087822592606 sekaligus wa, sy tertarik dengan pitis melaka dan kelantan.

      Padam