Jumaat, 13 November 2009

JOHORE SULTANATE COINS



Disebabkan kebanyakkan coins Kesultanan Johor tidak terdapat tarikh dan nama sultan yang memerintah pada zaman tu, maka agak susah untuk ditafsirkan secara tepat era ianya dikeluarkan. Seperti biasa terdapat 3 jenis; emas (dikenali sebagai Kupang/Mas), perak (Penjuru) dan timah (Katun) dan tukaran setiap duit tersebut adalah seperti kat bawah :

25 Katun (timah) = 1 Penjuru (perak)
50 Katun (timah) = 2 Penjuru (perak) = 1 Kupang (emas)
200 Katun (timah) = 8 Penjuru (perak) = 1 Mas (emas)

Terdapat banyak "variety" dan saiz untuk coins tersebut dan apa yang saya upload di sini adalah coin Katun (timah) dan tarikh sebenar tak dapat dipastikan dengan tepat (dipercayai digunakan antara kurun ke 15 - 18). Bahagian depan terdapat perkataan Arab "Malik" (pemerintah) dan pada bahagian belakang "al-Adil", seberat 14.5 - 32.4 grains atau 0.94 - 2.10 grammes dan diameter antara 15mm - 18.5mm.

Mungkin bagi sesetengah pengumpul..coins ni tak special sangat berbanding perak dan emas..tapi bagi saya, semua ni amat bermakna kerana...inilah antara peninggalan sejarah negara kita untuk dikenang. Saya mengumpul mengikut kesempatan dan kemampuan. Buat masa sekarang, ini yang mampu saya miliki. Saya akan cuba dapatkan sebanyak yang mungkin dan akan berkongsi dengan sesiapa yang berminat...ada ke yang minat?

2 ulasan:

  1. salam abg fazil
    heheh
    saye ade 2 keping duit ni . ade seller sorg jualkan, tp sekeping rm10 je . n die lain sket dr ni . tu original ke x eh . nati saye uploadkan gamba
    mane nk dpt duit cmni ?

    BalasPadam
  2. setakat ni takde lg berita pasal duit palsu bagi siri katun (timah)..tapi yang kupang (emas) saya pernah jumpa. Harga pula agak pelbagai sebab duit ni market cuma sekitar M'sia, S'pore & Indonesia..Brunei sikit2 dan takde katalog khusus pasai harga utk ni. Kalau RM10..beli je, kalau bawah RM30 ramai yang berminat termasuklah pengikut blog ni. Upload & email kat saya fazilster@gmail.com

    Kat jonkerwalk, melaka, kadang2 boleh jumpa lg...nak kena selalu pegi sana

    BalasPadam